"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Akibat Bagi Anak Minum Meal Shake.

Assalamualaikum.

Kautsar sememangnya anak yang sangat aktif. Kautsar sangat suka explore. Suka main. Berani berjalan sendiri ke sana sini. Di rumah, Kautsar tak pernah duduk diam. Menonton TV memang bukan minat Kautsar. Kautsar suka jalan, pegang barang-barang, susun-susun, ambil itu, ambil ini, sentuh, angkat, baling. Kautsar mudah terpesona dengan persekitaran.

Kauutsar masa 4-5 bulan.
Sejak Kautsar masih dalam pantang, saya perasan yang anak kami ni jarang tidur siang. Suka berjaga. Malam pun senang terjaga. Biasanya kami tidurkan Kautsar dalam keadaan senyap dan gelap. Kalau ada bunyi sikit senang sangat Kautsar terjaga dari tidur.

Paten yang sama bila Kautsar membesar. Nenek selalu cerita perihal Kautsar sepanjang berada di rumah nenek. Biasanya Kautsar tidur pagi 15 minit. Petang tidur lagi 15 minit. Malam pula Kautsar tidur jam 10 lebih, bangun pagi jam 5:30 atau 6 pagi.

Waktu hujung minggu dengan kami pun sama. Kadang tu Kautsar dah bangun sejak jam 6 pagi, jam 4 petang baru tidur. Itu pun tidur 30 minit je. Senang kata, Kautsar tak dapat tidur yang cukup untuk anak seusia dia iaitu 12-13 jam sehari.

Agak letih sebagai seorang ibu yang bekerja sepenuh masa, berniaga lagi untuk jaga anak yang tak suka tidur sebenarnya.

Sejak Kautsar terjangkit HFMD hampir sebulan lepas kami konsisten bagi Kautsar minum Meal Shake setiap malam. Ops. Bukan bancuh Meal Shake tu macam bancuh susu ok. Cuma campurkan 1 scoop dalam susu Kautsar sebelum Kautsar tidur.

Ya Allah, bersyukur sangat kami sejak itu. Sebab tidur malam Kautsar lebih lena. Jam 9 malam Kautsar dah mengantuk. Minta dodoi sekejap, menyusu, terus lena. Pagi-pagi Kautsar bangun jam 7 pagi. Siang hari pula Kautsar tidur pagi sejam, tidur petang sejam. Kadang-kadang boleh sampai 2 jam Kautsar tidur.

Sejak amalkan Meal Shake untuk Kautsar juga, saya perasan Kautsar naik berat badan secara konsisten. Dulu pernahh juga kami bimbang sebab berat Kautsar makin lama makin sikit naiknya. Minggu lepas kami timbang Kautsar dah hampir 10kg, naik sekilo lebih sejak amalkan Meal Shake. Malah dah banyak kali kami ditegur sebab pipi Kautsar makin bulat.

Mood Kautsar pula? Sangat baik! Ya Allah kami bersyukur sangat. Mungkin sebelum ni Kautsar keletihan sebab tak dapat tidur cukup, jadi moodnya senang berubah-ubah. Sekarang Kautsar sangat baik mood. Main, makan, tidur cukup. Ibu dan abah pun selalu ada dengan Kautsar. Tentulah Kautsar lebih gembira.

Muka budak nangis.

Alhamdulillah. Shaklee dan Meal Shake adalah asbab untuk kesihatan dan kegembiraan anak kami. Segalanya atas izin Allah swt juga. Kami selitkan dalam doa kami setiap kali kami angkat tangan menadah memohon rahmat dari Ilahi, supaya anak kami dikurniakan rezeki kesihatan, keselamatan dan kebahagiaan. Syukur Allah swt masih perkenankan doa-doa kami.

InshaAllah lepas ni kami akan terus konsisten menjaga kesihatan anak-anak. Lebih penting lagi, kami akan didik anak-anak kami supaya mengamalkan gaya hidup dan mental yang sihat. Semoga apa yang kami sampaikan hari ini memberi manfaat untuk anda yang membaca. Doakan kami terus gembira, bahagia, sihat dan selamat di bawah payung rahmat dari Yang Maha Esa.

Amin.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...