"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Throw Back: Vitamin Tenaga Kami.

Assalamualaikum.

Rutin harian kami suami isteri memang sangat sibuk. Kami pegawai sepenuh masa di sebuah institusi pengajian tinggi, tugas hakiki kami bukan sekadar waktu pejabat 8 pagi hingga 5 petang, malah lebih daripada itu. Bekerja lebih masa di rumah perkara biasa. En Qusyairi pula memang ada tanggungjawab tambahan 24 jam sentiasa bersedia. Tambahan pula kami sama-sama menjalankan perniagaan online. Bukan satu, tapi dua bisnes sekaligus. Dan sudah tentu tanggungjawab hakiki sebagai ibu dan bapa kepada anak kami, Cik Kautsar yang sangat lincah dan inginkan perhatian. Manja sangat orangnya :D

Jadual kami memang padat. Dari celik mata subuh, sampai ke tengah malam setiap hari ada saja aktiviti. Dan hujung minggu pula jarang sangat ada di rumah. Sama ada bekerja hujung minggu, atau balik kampung, atau sekadar bercuti bertiga, semuanya perlukan banyak tenaga dan memang meletihkan. Dengan jadual yang padat ni, cuma sekali sekala kami dapat bersenam dan bersukan.

Kami pilih untuk tambah tenaga dengan mengambil suplemen Shaklee. Vitamin wajib pilihan kami setiap hari ialah ESP, Vitalea, B-Complex dan Ostematrix dan Vivix. Ini vitamin yang wajib untuk penuhi keperluan tenaga kami seharian. Setiap pagi kami mulakan rutin dengan minum ESP. Saya paling suka bancuh ESP dan Performance Drink dengan susu segar. Saya memang suka susu segar! En Qusyairi pula suka minum ESP dengan Milo tanpa gula.


Dan minum ESP ni biasanya perut jadi kenyang. Jadi kadang-kadang kami sarapan, kadang-kadang tak. Biasanya kami sarapan juga ringan-ringan sebab waktu makan setiap hari adalah waktu istimewa kami, waktu kami berdua berbual dan berbincang apa-apa perkara sekalipun. Jarang sangat kami tak makan bersama. Lepas sarapan kami makan B-Complex dan Vitalea. Sebab kami minum ESP dan susu, Vitalea ni kami makan selang 2 jam selepas minum ESP dan susu supaya zat besi dalamVitalea dapat diserap secara optimum ke dalam badan.

Dah cukup ambil vitamin pagi kami, kami dah boleh bekerja dengan bertenaga hingga ke petang. Memang berbeza sangat berbanding dulu sebelum kami amalkan makan vitamin. Sebelum tidur pula kami makan Ostematrix 4 biji, bangun pagi terus rasa segar dan tak ada sakit-sakit badan.

Mula-mula saya kenal Shaklee ketika hamilkan Kautsar. Badan jadi lesu sangat, sampai sanggup tak makan tengahari sebab nak tidur. En Qusyairi pun letih layan perangai hamil saya, sampai beliau pun jadi lesu. Hari pertama minum ESP dan makan Vitalea dan B-Complex, kami berdua boleh bekerja seperti biasa. Tak ada lesu langsung. Malah saya yang sebelum itu selalu lembik, boleh naik turun tangga bertingkat-tingkat tanpa letih. Ketika itu kami dah rasa Shaklee ini berbeza. Terus-terang masa saya beli Shaklee, saya agak skeptikal sebab kami dah amalkan beberapa jenis vitamin sebelum itu, tapi tak rasa bezanya. Dengan Shaklee, sekali cuba dah rasa berbeza!

Hingga hari ini kami amalkan vitamin tenaga kami. Bezanya setiap malam En Qusyairi akan minum 1 sudu teh Vivix, saya tak. Cuma seminggu beliau minum Vivix, ketara perubahan pada kulit dan wajah beliau. Wajah jadi berseri, lebih cerah dan kemerahan. Setiap pagi pula beliau rasa lebih segar dan proses pencernaan dan perkumuhan lebih lancar. InshaAllah sampai masanya nanti saya pun akan amalkan Vivix juga. Tapi bukan sekarang :)

Sempena promosi Meal Shake sepanjang bulan Mei ini, kami campurkan Meal Shake dengan ESP. Rasa lebih sedap dan mengenyangkan, lebih-lebih lagi bila saya bancuh dengan susu segar. Bau harum semerbak, rasa lemak manis vanilla. Untuk ibu yang menyusukan anak secara eksklusif, memang cepat sangat rasa lapar sampai susah nak kawal berat badan. Tapi bila bersarapan dengan Meal Shake dan ESP, dapat kurangkan kalori sebab memang tak rasa nak sarapanlah bila dah kenyang lebih lama.



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...