"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Jadi Ahli Shaklee Wajib Berjual Ke?

Assalamualaikum.

Rehan nak cerita lebih jelas sikit pasal jadi ahli shaklee. Ramai rupanya yang takut nak jadi ahli Shaklee sebab takut kena berjual. Hihi.

Jangan takut ye. Ahli Shaklee tak wajib berjual pun. Yang berjual macam rehan dapat buat side income dengan berniaga Shaklee. Bila rehan beli barang Shaklee, rehan kumpul point bulanan. Point tu nanti Shaklee tukar jadi bonus.

Habis tu buat apa daftar Shaklee kalau tak berjual?

Benefit sebagai ahli Shaklee bukan sekadar bonus bulanan. Ada banyak benefit bila berdaftar sebagai ahli Shaklee walaupun tak berjual tau.

Antara benefit sebagai ahli Shaklee:
☆ potongan harga sebanyak 15% atau lebih bagi setiap pembelian produk Shaklee
- ahli Shaklee boleh membeli dengan harga ahli walaupun bukan untuk berjual

☆ boleh hadir ceramah kesihatan anjuran Shaklee secara percuma
- setiap bulan Shaklee ada anjurkan Health and Wellness Talk di seluruh negara

☆ boleh hadir ke program-program anjuran Shaklee di hotel-hotel 5 bintang di seluruh negara secara percuma termasuk kudapan dan cenderahati percuma
- antaranya program National Conference, Master Celebration dan sambutan hari raya, yang datang dapat free gift exclusive merchandise Shaklee. Rehan ke National Conference Shaklee dapat Shaker Exclusive tak dijual dimana-mana, beg kain guni, collagen powder 4 paket. Tak sempat masuk conference hall terus balik sebab Arfa meragam. Haru.

☆ boleh buat pemeriksaan kesihatan percuma bersama ahli nutrisi Shaklee yang bertauliah
- yang ni rehan tak sengaja terbuat masa singgah branch Ipoh masa rehan dalam perjalanan ke Perlis. Singgah nak beli stok. Sekali dapat buat pemeriksaan kesihatan percuma. Dapat cek lemak cukup ke terlebih, otot kat mana kurang, berapa banyak lemak kat organ dalaman rehan. Insaf sekejap.

☆ layak terima promosi khas dan terhad kepada ahli Shaklee shj
- sebelum ni Shaklee pernah bagi offer 50% ESP dan SR Vita C untuk ahli shj. Selain tu pernah ada offer cabutan bertuah untuk ahli shj, hadiahnya termasuk VIVIX, water pitcher, collagen powder etc. Non-member non hado.

Sebab tu bawah rehan ada puluhan ahli Shaklee yang tak berjual pun. Tapi aktif membeli untuk kegunaan sendiri. Sebahagian daripada mereka layak dapat bonus walaupun tak berjual.


Sebenarnya semua syarikat network marketing atau direct selling di Malaysia amalkan sistem yang lebih kurang sama. Bukan Shaklee je. Rehan sendiri pernah join sebagai ahli beberapa syarikat direct selling yang terkenal di Malaysia. Rehan daftar sebab nak beli barang harga ahli je. Tak berjual pun. Hehe. Setakat pengalaman pendaftaran dan annual activation Shaklee antara yang rendah.

Anda yang dah biasa amalkan Shaklee tapi belum jadi ahli lagi, mari daftar cepat dengan rehan. Rehan akan guide anda cara makan dan pantang larang Shaklee yang betul mengikut ajaran nutritionist Shaklee. Barulah berkesan.

WhatsApp rehan cepat ye.

Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...