"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Apa Itu Omega-3.

Assalamualaikum.

Rehan ni selalu sebut asid lemak omega-3, tapi sebenarnya apa dia yang didefinisikan sebagai asid lemak omega-3 ni? Hari ni kita jelaskan tentang asid lemak omega-3 ye murid-murid.

Asid lemak omega-3 dianggap sebagai asid lemak penting untuk tubuh. Tubuh kita perlukan asid lemak omega-3, tapi sayangnya tubuh kita tak boleh bina sendiri asid lemak ni. Jadi nak dapatkan omega-3 mestilah melalui pemakanan.

Asid lemak omega-3 ni boleh didapati daripada ikan seperti ikan tuna, salmon dan makanan laut yang lain. Selain tu boleh jiga didapati daripada minyak kekacang. Omega-3 turut dikenali asid lemak poli-tak-tepu yang memainkan peranan penting dalam fungsi otak selain dalam perkembangan tumbesaran. Lagi satu fakta popular tentang omega-3 ialah mengurangkan risiko penyakit jantung.

Kajian menunjukkan asid lemak omega-3 boleh membantu mengurangkan keradangan dan merendahkan risiko penyakit kronik seperti penyakit jantung, kanser dan arthritis. Omega-3 banyak terdapat dalam otak dan jelasnya pentung untuk fungsi kognitif (memori dan performance) selain fungsi tingkahlaku. Malah, bayi yang tak mendapat  asid lemak omega-3 secukupnya daripada ibu ketika kehamilan didapati berisiko mengalami masalah penglihatan dan saraf. Tanda-tanda kekurangan omega-3 termasuklah kelesuan, lemah daya ingatan, kulit kering, masalah jantung, mood swing dan kemurungan selain pengaliran darah yang lemah.

Penting untuk mengambil jumlah asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam nisbah yang betul dalam diet harian. Omega-3 membantu mengurangkan keradangan, manakala kebanyakan omega-6 cenderung untk menyebabkan keradangan. Di Amerika, kebanyakan penduduknya mengambil omega-6 14-25 kali ganda lebih tinggi berbanding omega-3, yang mana terlalu berlebihan. Ada kajian yang menunjukkan pengambilan omega-6 yang lebih tinggi berbanding omega-3 meningkatkan keradangan dan risiko kematian di kalangan pesakit yang menjalani hemodialisis.

[Sumber]

OMEGAGUARD: SUPLEMEN OMEGA-3 
OmegaGuard oleh Shaklee adalah suplemen minyak ikan yang kaya dengan omega-3. Setiap kapsul OmegaGuard mengandungi sehingga 85% omega-3, bukan sekadar lemak ikan. Setiap hidangan OmegaGuard mengadungi 330mg omega-3, 180mg EPA dan 120mg DHA.


Berminat untuk dapatkan OmegaGuard, boleh hubungi rehan.


Resepi Ringkas Spagetti Carbonara - 6 Bahan Je.

Assalamualaikum.

Image result for creamy carbonara sauce

Baru-baru ni kan anak saudara rehan balik bercuti ke Malaysia. Sekarang ni diorang satu family tinggal kat Belgium. Dah 3 tahun duduk sana, jadi makanan pun dah adapt dengan apa yang mudah dimasak kat sana. Hasilnya anak saudara rehan ni tak reti sangat makan makanan melayu haha. Logik la, masa diorang pindah tu umur dia 2 tahun, sekarang dah 5 tahun. Boleh kata kebanyakan hidup dia makan makanan barat.

Sementara mak ayah dia pulun lepas gian makan masakan melayu yang sedap meletops-letops kat Malaysia ni, anaknya pulak payah sangat nak makan. Rehan perhatikan berhabis juga duit abang kakak rehan ni belikan cheese, fresh milk, bawa anaknya makan kedai western. Anak saudara ni dah la kurus, karang bertambah kurus payah pulak. Haha.

Masa diorang tinggal rumah rehan, anak saudara rehan ni asyik cakap nak makan spagetti. Rehan pun tengok mak ayah dia ada beli cheese, fresh milk. Dah kira cukup bahan nak masak carbonara. Jadi rehan pun masakkan untuk dia. Alhamdulillah sedap walaupun adhoc je masak kocoh-kocoh, kakak rehan sampai minta resepi kat rehan. Ok sini rehan nak kongsi kat blog ni, sebab spagetti carbonara ni macam wajib mak-mak tau untuk dijadikan umpan bila anak-anak tak berselera makan. Haha.


Resepi Spagetti Creamy Carbonara

Bahan-bahan:
Spagetti
Bawang holland / bawang besar
Bawang putih
Isi ayam / udang / sotong / daging
Susu segar
Keju keping (sliced cheese)
Tepung gandum

*Optional: garam, oregano flakes, daun parsley etc untuk lebih perasa,

Cara-caranya:
1. Rebus spagetti sampai masak. Bila dah masak, ketepikan.
2. Hiris bawang, bawang putih, dan isi ayam/udang/sotong/daging. Tumis sampai wangi dan ayam separuh masak.
3. Koyak-koyakkan keju dan masukkan dalam kuali. Gaul sampai keju cair dan tak berketul. Untuk 1-2 orang makan, sekeping je pun dah cukup. Nak lagi creamy, masukkan lebih keju. Boleh adjust ikut tekak masing-masing.
4. Bila keju dah cair, masukkan susu segar. Gaul lagi sampai sebati.
5. Kalau cair, masukkan tepung gandum untuk pekatkan kuah. Kena ambil perhatian ye, kalau nak masukkan tepung, sila bancuh dulu dengan sedikit air supaya tepung tak berketul. Kemudian pastikan tepung masak sebelum tutup api.
6. Siap dihidang dan dimakan. Terpulang kalau nak masukkan garam, rehan tak masukkan garam kalau masak untuk anak. Terpulang juga kalau nak tabur oregano flakes, daun parsley, lada benggala, cendawan atau apa-apa bahan lain yang menambahkan sedap.

Selamat mencuba!

Bagus Ke Makan Shaklee Masa Mengandung?

Assalamualaikum.

Percaya tak. Pelanggan rehan ni baru pertama kali nak cuba Set Hamil Shaklee. Untuk kandungan anak ke ENAM!

Bukan main-main dik, dah 5 kali mengandung. Kenapa mengandung kali ke-6 pulak akak ni nak try Shaklee? Mesti ada sebab.

Ops sebelum tu. Akak ni bukan je mengandung anak ke-6. Tapi dia juga sekarang stay-at-home mom menguruskan anak yang 5 tu sebab husband dia selalu outstation.

DAN SAMBIL BUAT PHD!!

Kak, gagahnya awak kak. Rehan yang taip ni pun dah terasa letih memikirkan hari-hari akak. Haha.

Jom baca apa kata akak ni:





Ni kali kedua dia repeat beli set hamil. Masa baru hamil dulu dia dah order fullset. Kali ni dia tambah suplemen yang dah habis je. Kalau tak bagus takkan repeat order kan?

Mak-mak mengandung luar sana tak payah fikir jauh sangat. Set hamil shaklee inshaAllah boleh bantu anda dapatkan pengalaman hamil yang seronok. Kurang letih, baby dan ibu gojez dan sihat.

Rehan boleh bantu anda dengan konsultasi percuma. WhatsApp nombor kat bawah ye.

Peristiwa 10 Muharram

Assalamualaikum.

10 Muharram – Dinamakan juga ‘Hari Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran. Bertanya para sahabat: “Wahai Rasulullah! Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?” Jawab Baginda SAW:

1.Allah SWT menciptakan alam, langit, bintang dan sebagainya

2.Allah SWT menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram

3.Diciptakan lautan pada 10 Muharram

4.Diciptakan Qalam (pena untuk menulis amal manusia) pada 10 Muharram

5.Diciptakan Arasy, Luh Mahfuz pada 10 Muharram

6.Diciptakan Nabi Adam AS pada 10 Muharram

7.Dimasukkan Nabi Adam AS ke dalam syurga pada 10 Muharram

8.Dilahirkan Nabi Ibrahim AS pada 10 Muharram

9.Diselamatkan Nabi Ibrahim AS dari api Namrud pada 10 Muharram

10.Diselamatkan anaknya Nabi Ismail AS dari sembelihan pada 10 Muharram

11.Ditenggelamkan Fir’aun pada 10 Muharram

12.Diampunkan kesilapan Nabi Daud AS pada 10 Muharram

13.Dilahirkan Nabi Isa AS pada 10 Muharram

14.Dikeluarkan Nabi Yunus AS daripada perut ikan Nun setelah berada didalamnya selama 40 hari 40 malam pada 10 Muharram

15.Disembuhkan penyakit Nabi Ayub AS pada 10 Muharram

16.Diangkat Nabi Isa AS ke langit pada 10 Muharram

17.Diterima taubat Nabi Adam AS pada 10 Muharram

18.Dianugerahkan takhta kerajaan kepada Nabi Sulaiman AS

19.Diciptakan Arasy pada 10 Muharram

20.Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram

21.Awal-awal rahmat diturunkan pada 10 Muharram

22.Diselamatkan bahtera Nuh AS daripada tenggelam sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan pada 10 Muharram

Peristiwa lain

1.Allah SWT menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.

2.Diangkat Nabi Idris AS ke langit pada 10 Muharram

3.Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.

4.Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkan oleh Allah.

5.Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.

6.Allah SWT menjadikan ‘Arasy.

7.Allah SWT menjadikan alam.

8.Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril.

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Ikrimah RA berkata: “Hari Asyura ialah hari diterimanya taubatnya Nabi Adam. Dan ia pula hari turunnya Nabi Nuh dari perahunya. Maka ia berpuasa syukur; dan ia pula hari tenggelamnya Fir’aun dan terbelahnya laut bagi Nabi Musa AS dan Bani Israil. Maka mereka berpuasa; kerana itu jika dapat, engkau berpuasalah pada hari Asyura.”

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Muhammad bin Maisarah berkata: “Barangsiapa yang melapangkan pada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah SWT akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun itu.” Sufyan berkata: “Telah kami cuba, maka rasakan kebenarannya.”

Said bin Jubair dari Ibn Abbas RA berkata: “Ketika Nabi SAW baru berhijrah ke Madinah, mendapatkan kaum Yahudi puasa pada hari Asyura, maka ditanya kepada mereka tentang itu. Jawab mereka: “Hari itu Allah memenangkan Nabi Musa AS dari Bani Israil terhadap Fir’aun dan kaumnya. Maka kami puasa kerana mengagungkan hari ini”. Maka sabda Nabi SAW: “Kami lebih layak mengikuti jejak Musa dari kamu“, maka Nabi SAW menyuruh sahabat supaya berpuasa.

Abul Laits berkata: “Dinamakan Asyura kerana ia jatuh pada sepuluh bulan Muharram.” Ada lain pendapat yang mengatakan hari Asyura kerana Allah SWT telah memuliakan pada Nabi-nabi dengan sepuluh kehormatan:

1.Allah SWT telah menerima taubat Nabi Adam AS

2.Allah SWT menaikkan darjat Nabi Idris AS

3.Hari berlabuhnya perahu Nabi Nuh AS

4.Nabi Ibrahim AS dilahirkan pada hari Asyura dan diangkatkan sebagai ‘Khalilullah’ (Kekasih Allah) juga diselamatkan dari api.

5.Allah SWT menerima taubat Nabi Daud AS

6.Allah SWT mengangkat Nabi Isa AS ke langit

7.Allah SWT menyelamatkan Nabi Musa AS

8.Allah SWT menenggelamkan Fir’aun

9.Allah SWT mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan

10.Allah SWT mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS

Semua ini terjadi pada hari Asyura. Sebahagian lain berpendapat, dinamakan hari Asyura kerana ia kesepuluh dari kemuliaan-kemuliaan yang diberikan Allah SWT pada umat ini:

1.Bulan Rejab – Allah SWT menjadikannya sebagai kemuliaan bagi umat ini dan melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan umat ini ke atas umat yang lain.

2.Bulan Sya’ban – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Nabi Muhammad SAW ke atas semua Nabi.

3.Bulan Ramadhan – Allah SWT melebihkannya dari lain-lain bulan bagaikan kelebihan Allah SWT terhadap semua makhluk.

4.Lailatul Qadar yang terlebih baik dari seribu bulan yang lain.

5.Hari Aidil Fitri sebagai hari pembalasan (penerimaan upah)

6.Hari-hari sepuluh (1 hingga 10 Zulhijjah) iaitu hari-hari untuk berzikir kepada Allah SWT.

7.Hari Arafah yang dapat menebus dosa dua tahun.

8.Hari Aidil Adha iaitu hari berkorban.

9.Hari Jumaat yang termulia dari semua hari.

10.Hari Asyura yang puasanya dapat menebus dosa satu tahun.

Dan masing-masing waktu yang tersebut itu ada kemuliaan dari Allah SWT diberikan kepada umat ini untuk membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka. Di bawah ini ada beberapa terjemahan hadith untuk panduan kita bersama:

Dari Abu Hurairah RA katanya Rasulullah SAW bersabda: “Seutama-utama puasa sesudah puasa bulan Ramadan ialah puasa bulan Muharram dan seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat malam.” (HR Muslim)

Abu Musa Al-Madani meriwayatkan dari Ibnu Umar RA: “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura adalah seperti berpuasa setahun dan siapa yang bersedekah pada hari Asyura adalah bagiku bersedekah setahun.” (HR Albazzar)

Dari Abu Qatadah Al-Anshari RA katanya Rasulullah SAW ditanya orang tentang puasa hari Arafah. Jawab Baginda, “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang.” Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura. Jawab Baginda: “Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu.” (HR Muslim)

Dari Aisyah RA katanya: “Biasanya orang Quraisy pada masa jahiliah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi SAW pun berpuasa. Ketika Baginda tiba di Madinah, Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga.” (HR Muslim)

Dari Ibnu Abbas RA katanya: “Ketika Nabi SAW tiba di Madinah, Baginda melihat orang yahudi berpuasa pada hari Asyura. Nabi pun bertanya: “Hari apa ini?” Jawab mereka: “Hari ini ialah hari yang baik. Pada hari ini Allah SWT melepaskan Bani Israil dari musuh mereka, kerana itu Nabi Musa berpuasa kerananya”. Sabda Nabi: “Aku lebih berhak daripada kamu dengan Musa”. Oleh itu Nabi berpuasa dan menyuruh orang lain berpuasa pada hari Asyura.” (HR Bukhari)

Rasulullah SAW bersabda: “Berpuasalah kamu pada hari ke-sembilan dan ke-sepuluh Muharram dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi.” (HR Al-Baihaqi)

Semoga Allah SWT melimpahkan rezeki dan limpah kurniaNya untuk kita agar dapat mengamalkan dan memuliakan kedatangan awal Muharram dengan cara sambutan yang dilaksanakan oleh para Rasul, Anbiya, Siddiqin, Aulia Allah dan orang- orang soleh. Insya Allah.

Wallahua’lam.

Tolong! Baby Saya Kena Ruam Susu!

Assalamualaikum.

Hari ni hati banyak senang. Sebab rehan dapat feedback terbaik tentang ruam susu. Sebelum tu jom baca mesej whatsapp akak manis ni dengan rehan semalam.



Ni kisahnya. Semalam rehan dapat mesej daripada akak manis ni. Akak ni customer rehan sejak beberapa tahun. Baru-baru ni akak ni bersalin. Syok la dapat baby baru.

Yang tak syoknya baby baru kena ruam susu pulak. Teruk juga ceritanya sampai baby garu-garu berdarah. Akak manis ni dah tentu dah bawa babynya ke klinik. Tapi makin teruk pula ruamnya lepas sapu krim dari klinik. Mungkin elergik kot.

Jadi akak manis tak tunggu lagi terus mesej rehan nak beli Herbal Blend. Mesti akak ni rajin google sebab tu dia tau Herbal Blend ni bagus untuk masalah ruam susu baby. Sejam kemudian Herbal Blend pun bertukar tangan. Terima kasih Allah swt permudahkan urusan cod malam tadi.

Nah ini pulak mesej petang tadi.
Laju akak manis ni bagi feedback.



Seronok sangat la rehan kalau dapat feedback macam ni. Terasa kepuasan dapat bantu selesaikan masalah akak manis ni. Tak sampai 24 jam ruam susu dah kurang. Baby tidur lena tak tergaru-garu lagi sampai berdarah.

Tak terkira pelanggan rehan yang order Herbal Blend untuk ruam susu anak. Boleh kata punca utama jualan Herbal Blend rehan datang dari maktang-maktang yang tak sampai hati tengok kulit anak beruam.

Kalau nak dapatkan Herbal Blend boleh la contact rehan kat nombor di bawah. Untuk warga Parit Raja dan Batu Pahat boleh juga COD percuma. Kalau bukan warga sini, masih boleh order melalui pos. Tak jadi masalah.

Jumpa lagi dalam lain entri. InshaAllah.

Pengalaman Baru: Buka Booth!

Assalamualaikum.

Ingat tak rehan pernah cerita, rehan suka buat benda baru. Haa. Minggu ni rehan dapat pengalaman baru lagi. Pengalaman buka booth di tapak Festival Konvokesyen UTHM 2016.

Wah! Memang lain daripada kebiasaan rehan berniaga. Yela, biasa berniaga hadap fon je. Jumpa customer bila COD je. Kali ni live nampak orang lalu lalang depan booth lepas tu malu-malu kucing pulak rehan nak ajak diorang singgah. Haha. Rehan ni pemalu yang amat!

Tapi sebenarnya ini bukan kali pertama rehan berniaga booth. Sebelum ni pernah sekali rehan dapat peluang berniaga di Car Boot Sale Batu Pahat. Yang tu lain pengalamannya sebab car boot sale cuma 1 hari. Jadi tak perlu banyak preparation.

Kali ni rehan dapat offer last minute untuk share booth. Tak perlu fikir banyak, ambil terus peluang tu. Memang berbeza dengan pengalaman car boot sale. Kali ni preparation memang banyak sebab Festkon ni berlangsung hampir seminggu. Boleh tahan serabut jugak kepala rehan fikir macam mana nak set up booth. Hihi.



Snap gambar tepi je. Tak menyempat nak bergambar bagai. Booth ni rehan jual pakaian muslimah je. Saja jual sale harga menjunam-junam sebab nak clearkan rak kat rumah. Sakit mata tengok stok-stok lama menyempitkan rak. Hehe.

Sebenarnya rehan tak berapa berkesempatan bertemu pelanggan kat booth. Sebab rehan ni terikat dengan komitmen anak-anak. Macam saat ni saat rehan tulis entri ni, booth rehan ada student yang tolong jagakan dengan zauji Qusyairi. Rehan kat rumah sebab anak-anak dah tidur.

Tak apalah. Mungkin rehan belum bersedia menghadap offline sale. Sebab tu Allah swt belum beri rezeki komitmen terhadap offline business. Bila rehan ada masa ke booth, rehan fokus untuk set up booth untuk pastikan pelanggan dapat info segera dan pengalaman menarik bershopping di booth rehan.



Support daripada pelanggan dan kawan-kawan. Terima kasih sudi singgah.

Walaupun sibuk sikit berulang-alik ke booth, melayan anak-anak dara dan abahnya. Alhamdulillah rehan masih diberi kesempatan masa untuk meneruskan online business macam biasa. Malah rehan sempat juga COD macam biasa ke bandar Batu Pahat. Antara item yang sempat rehan COD weekend ni; Lecithin, SR Vita C untuk ibu berpantang, Vitalea, Vita E, Set Anemia. InshaAllah esok COD item promo Twin Pack OmegaGuard dan Chewable Vita C pulak.

Menjadi-jadi pula order Shaklee rehan akhir-akhir ni. Alhamdulillah.

Buat warga Parit Raja dan Batu Pahat, serta ibu bapa dan pelajar yang hadir ke Majlis Konvokesyen UTHM ke-16 2016, jemput singgah ke booth rehan di Festkon ye. Booth A1, booth pertama di sebelah kanan pentas utama, berhampiran khemah urusetia. Rehan buat jualan penghabisan stok pada diskau hingga 50% tau. Cecepat sebab dah tak banyak saiz yang tinggal.

Yang nak order Shaklee, roger rehan laju-laju. Jangan malu-malu.

Selamatkan Dr. Fauziah Mohd Hasan.

Assalamualaikum.


Ya Allah yang memiliki seluruh alam,
Selamatkan ibu ini.
Dan jayakan misinya untuk memecahkan kepungan ke atas Gaza.
Sesungguhnya Kau yang Maha Berkuasa.

Amin.

Cerita Tentang PhD.

Assalamualaikum.

Jujurnya sebab rehan dulu bekerja sebagai pensyarah di IPTA, rehan ni dikelilingi ramai sangat orang yang sedang mengambil atau telah tamat pengajian PhD. Kakak rehan sendiri ada seorang yang dah tamat PhD dan sah bergelar doktor falsafah. Seorang lagi kakak bakal tamat pengajian PhD lagi setahun inshaAllah. Kawan baik rehan pun seorang dah tamat PhD, seorang lagi masih lagi student PhD.

Malah rehan sendiri pernah beberapa kali hampir sambung PhD tetapi belum rezeki. Rehan pernah hadir temuduga biasiswa untuk pengajian PhD, pernah dipanggil untuk temubual santai dengan Prof dan Prof Madya yang rehan mohon untuk jadi supervisor rehan. Jadi inshaAllah rehan ada sedikit pengetahuan tentang pengajian PhD.

Rehan nak share la serba sikit tentang nilai PhD ni.

PhD ni, penuh air mata. Tak ada orang yang tamatkan PhD tanpa air mata. Dan nak dapatkan segulung ijazah kedoktoran, tak sekadar perlukan pengorbanan si empunya badan. Tapi banyak, terlalu banyak, hati dan perasaan orang lain yang terkorban.

Perasaan isteri/suami. Perasaan anak-anak. Perasaan ibubapa. Kawan-kawan. Malah kucing dan haiwan peliharaan lain yang ditinggalkan.

Nak dapatkan PhD, lebih-lebih lagi dari luar negara. Perlu fikir anak suami yang terpaksa berpindah sekolah, berpindah tempat kerja. Atau langsung terpaksa berhenti kerja yang stabil. Kucing-kucing yang dibelai dan disayang perlu ditinggalkan dengan tuan baru, sedangkan kucing itu pun ada perasaan.

Belum cerita rumah kalau dah dibeli, siapa nak jaga bila ditinggalkan 4 tahun. Mesti ada orang uruskan, kalau tak zalim la kita kat jiran-jiran bila rumah kita kotor dan mengundang tak selesa pada kejiranan.

Kereta yang ditinggalkan, siapa nak bayar installment dan servis. Roadtax dan insurance. Nak dijual mampu ke tutup hutang yang masih berbaki.

Itu baru cerita harta. Belum cerita keluarga. Wajah ibu dan ayah, siapa tahu di airport itu mungkin kali terakhir dapat lihat mereka. Adik beradik yang bakal berjauhan bertahun lamanya. Rindu yang tak terkata. Airmata dan airmata.

Dan tugasan PhD tu sendiri. Bukan seperti ijazah biasa. Jawab exam dan lulus. Tapi research yang belum tentu pengakhirannya bagaimana. Mungkin terkandas di tengah jalan. Dan dah tentu hutang belajar yang sangat besar nilainya. Seorang pelajar Master Malaysia di Sweden pernah bagitau rehan, hutang pengajian selama 2 tahun tu bernilai juta. Apatah lagi pengajian PhD selama 4 tahun di luar negara. Sedangkan biasiswa PhD dalam negara pun nilainya ratusan ribu.

Belum sentuh lagi bab kekuatan mental. Menghadap research dari scratch hingga jadi thesis. Menulis thesis itu pun bertahun lamanya. Ramai yang tak tahu, PhD tu bermaksud kita perlu kemukakan ilmu baru. Ilmu yang belum pernah ditemui sesiapa pun sebelum ini. Teori. Konsep. Fakta. Yang baru. Sebagaimana Einstein menemui persamaan tenaga-jisim. Atau Hawking menemui teori Big Bang. Mungkin tak segempak mereka, tapi tetap sesuatu yang baru yang perlu ditemui dalam kajian mereka, barulah layak dianugerahkan gelaran Philospohical Doctor.

Tak tidur. Tak rehat. Malah ada masanya tak bercakap dengan sesiapa hatta dengan suami dan anak sendiri. Terlepas hari jadi, terlepas ulangtahun perkahwinan. Tak datang persembahan anak di sekolah. Pelajar PhD ni ada masanya kita tak jumpa mereka lama, rupanya menyepi menyiapkan kerja-kerja PhD.

Bukan sebab wang. Tapi sebab ilmu. Hanya orang yang meneruskan pengajian ke peringkat PhD sebab ilmu yang alami semua ini. Ada yang menangis-nangis telefon keluarga sebab elaun dah habis, sewa rumah tak berbayar lagi. Nak meneruskan hidup di negara orang dengan elaun yang tak seberapa, tambahan bawa suami dan anak lagi, bukan perkara mudah.

Kalau semata-mata sebab wang, banyak lagi cara boleh dapatkan wang lebih banyak berbanding gaji seorang pensyarah kanan. Berniaga lagi cepat kaya.

Kalau sebab wang, takkan mereka dedikasikan masa terhadap tugasan PhD sampai anak sendiri di rumah peluk baju ibu sebab rindu.

Bukan sebab wang. Tapi sebab ilmu.

Di hujung pengajian, setelah berjaya menggenggam Ijazah Kedoktoran mereka. Bukan ijazah itu yang mereka banggakan. Tapi survival sepanjang pengajian, pengalaman dan muhasabah diri betapa kecilnya ilmu yang Allah swt pinjamkan.

Petikan kata-kata seorang pelajar PhD:
"Bila ada PhD bukan bermakna kita tau semuanya. Tapi kita tahu mendalam specifically tentang tajuk PhD kita je. Bukan tentang bidang tersebut keseluruhannya."

Nak lebih jelas. Rehan bagi contoh katalah seorang pelajar PhD dengan kajian tentang diet burung pipit. Dia bukan pakar tentang burung pipit. Dia bukan pakar tentang diet haiwan mahupun burung. Dia cuma pakar tentang diet burung pipit. Itu saja.

Bila ditanya tentang perkara lain dia akan berkata: hal lain kena tanya pada pakarnya.

Sekian cerita tentang PhD dari pandangan mata rehan.

Lesen Parit Raja.

Assalamualaikum.



Ini screenshot daripada fb Harian Metro. Kejadian petang tadi. Kebetulan masa kejadian baru berlaku, rehan ada lalu di situ.

Sebelum tu kami sekeluarga dalam perjalanan balik rumah dari arah Ayer Hitam menuju Parit Raja. Sampai berdekatan Sabak Uni, ada beberapa kereta dari arah bertentangan yang high beam kami. Ingatkan ada polis kat depan. Tapi makin dekat zauji nampak ada kemalangan.

Ada hikmahnya rehan terlupa pakai cermin mana masa keluar rumah. Sebab rehan nampak samar-samar je mayat tu terbaring atas jalan. Bila rehan tak pakai cermin mata, memang rehan tak alert perkara lain selain benda yang rehan tengah tengok. Masa lalu tu rehan fokus pada mayat bertutup atas jalan. Sampaikan kereta yang dilanggar pun rehan tak nampak.

Kalau baca komen di fb Harian Metro tu, ramai yang persoalkan kenapa kereta tu uturn tiba-tiba. Ni rehan nak share. This is Parit Raja. Rakyat Parit Raja ni style memandu mereka berbeza. Sebab tu ada istilah terkenal di Batu Pahat iaitu; LESEN PARIT RAJA.

Rehan belajar memandu lepas rehan dah kerja di Parit Raja. Masa tu rehan masih tinggal dengan ayah di Batu Pahat. Setiap hari rehan kena drive ke Parit Raja, dalam keadaan rehan tak mahir bawa kereta dan jalanrayanya mencabar sebab tengah ada construction buat jalan dan letak divider sepanjang perjalanan dari rumah rehan ke tempat kerja. Sepanjang setahun lebih construstion tu tak siap-siap. Bila drive pergi kerja pagi jalannya lain, balik petang tu jalannya dah bertukar jadi lain. Itu pengalaman rehan awal-awal memandu dulu.

3 hari pertama rehan drive, ayah rehan follow dari belakang dengan kereta ayah sebab risau rehan drive sendirian ke Parit Raja. Lepas rehan belok masuk kawasan tempat kerja, ayah rehan pun uturn balik rumah. Macam tu sekali.

Apa bezanya LESEN PARIT RAJA?

Kat Parit Raja ni, peraturan jalanraya kurang diambil berat. Biasa akan jumpa kenderaan yang memotong kiri, bawa perlahan di lorong kanan, menyelit tiba-tiba. Semua ni perkara biasa? Well kat Parit Raja ada lebih daripada ini.

Di sini pemandu buat uturn di mana-mana sukahati mereka (macam dalam kejadian di atas). Rakan rehan sendiri pernah kemalangan sebab buat uturn di tempat tak sepatutnya.

Ramai penunggang motosikal yang tak pakai topi keledar menunggang menentang arus di bahu jalan. Biasanya mereka ni dari kampung sebelah nak ke kampung sebelah lagi tapi malas melintas jalan.

Selain tu, perkara biasa kenderaan tiba-tiba keluar atau masuk simpang dalam keadaan jalan sesak.

Tanpa divider, dan keadaan kawasan ni yang banyak sangat kampung (parit), perkara biasa bila kita tengah drive steady di lorong kanan tiba-tiba terpaksa brake sebab ada kenderaan berhenti di tengah jalan untuk masuk simpang.

Nak tambah lagi bahaya, jalan Batu Pahat - Kluang adalah laluan utama menghubungkan kedua-dua daerah yang merupakan kawasan perindustrian dan pertanian. Sangat banyak lori besar. Dan jalan yang sama juga berhubung terus ke Mersing. Jadi jalan ni sebenarnya satu jalan lurus yang sangat panjang yang menghubungkan 3 daerah.

Dan macam-macam lagi perangai pemandu di sini. Terutamanya sini adalah kawasan kampung dengan ramai pakcik-makcik bawa motor pergi balik surau atau hantar anak sekolah, ada beberapa IPTA jadi ramai student yang bawa motor kereta dengan jiwa muda mereka, tapi pengalaman kurang. Tambahan lagi ada lebih kurang 5-6 buah sekolah antara Sri Gading ke Ayer Hitam, jadi ramai pelajar sekolah melintas jalan dan menunggang basikal. Nak fahami kena alami sendiri.

Masa rehan masih sekolah rendah, rehan pernah tonton berita yang jalan Batu Pahat-Mersing ni termasuk 5 jalan paling bahaya di Malaysia. Masa rehan sekolah menengah, jalan ni berada di ranking kedua jalan paling bahaya di Malaysia. Wallahualam rankingnya hari ini.

Rehan sendiri sebagai bekas pensyarah di IPTA di Parit Raja ni, dan zauj Qusyairi juga tenaga pengajar di IPTA yang sama, masuk tahun ke-5 sebagai felo Pelajar Tanpa Asrama. Hampir setiap sem, setiap tahun ada pelajar IPTA kami yang meninggal dunia akibat kemalangan di jalan ini. Dah beberapa kali zauj Qusyairi tinggalkan rehan dan anak-anak malam-malam sebab mengiring pelajar yang kemalangan dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, JB. Sesetengah yang diiringi itu dah tak bernyawa pun.

Antara kemalangan yang paling menggemparkan berlaku di jalan ini bila kereta dipandu seorang ibu dilanggar treler dan terbakar. Ibu tersebut rentung. Waktu orang ramai cuba padamkan kebakaran, baru disedari ada anak wanita tersebut di tempat duduk belakang. Salah seorang di tempat kejadian ialah Ketua Balai Polis sekitar sini. Rehan tak ingat balai mana. Beliau dalam perjalanan pulang dari mesyuarat. Menitis air mata beliau bila menceritakan keadaannya ketika cuba menyelamatkan nyawa ibu dan anak tersebut tapi gagal. Kejadian ini dah lama berlaku tapi masih disebut hingga ke hari ini.

Depan taman rehan ni ada uturn. Kat uturn ni perkara biasa berlaku kereta terbalik, kadang-kadang sampai berlaku kematian. Terbaru rehan sendiri nampak lori besar dan panjang terbalik di uturn tu.

Rehan harap lebih banyak aktiviti kesedaran keselamatan jalanraya dibuat di sini. Buat divider dari Parit Raja ke Ayer Hitam terus lagi baik. Tak apalah jalan jauh sikit untuk uturn. Asalkan tak membahayakan nyawa. Kuatkuasakan undang-undang ketat. Parit Raja membangun pesat disebabkan wujud beberapa IPTA dan industri di sini. Jadi orang kampung perlu suaikan diri dengan perubahan dan pertambahan bilangan penduduk, jangan terbawa-bawa cara memandu yang lama ketika kawasan ni masih tenang tak ramai penduduk. Cuma pendapat rehan.

Semoga kita semua dipelihara dari kemalangan dan kecelakaan.

Promosi Oktober 2016: OmegaGuard.

Assalamualaikum.



Bismillahirrahmanirrahim.
Promosi Oktober 2016 - OmegaGuard

Retail price:
👍 Beli 1 = RM144.46
👍 Beli 2 diskaun 5% = RM273.90
👍 Beli 6 dapat 7 = RM864.96 --> free membership!

Atau daftar ahli dengan bayaran RM80 dan anda layak beli pada harga ahli sepanjang tahun!


Harga Ahli:
😍 Beli 1 = RM115.54
(Jimat RM28.92)

😍 Beli 2 diskaun 5% = RM219.53
(Jimat RM51.37)

😍 Beli 6 dapat 7 = RM693.24
(Free membership bernilai RM80 | Jimat RM171.20 | Dapat cash bonus RM30 +)


❗WAJIB DAFTAR SEKARANG❗
Pendaftar ahli baru pada 1-15 Oktober 2016 dapat PERCUMA:
😱 Lecithin - dengan belian minimum 100uv
😱 SR Vita C - dengan belian minimum 200uv
.
Jangan lepaskan peluang berjimat dan vitamin percuma.
Daftar sekarang.
WA rehan, rehan uruskan sampai selesai.
📲 +60127807365

**********************************************

Gais.
Rehan taktau nak cakap macam mana.
Masa rehan register ahli shaklee dulu, takde free-free vitamin ni tau.
Ko bayar apa, itu jela ko dapat.

La ni manja aihhh.
Baru register ahli boleh dapat free vitamin.
Bukan main-main, free Lecithin dgn SR Vita C.
Huntong laaaa.

Bulan ni siapa makan OmegaGuard please order 6 botol terus.
Pelaburan tau.
Korang beli jugak sebotol-sebotol tiap-tiap bulan nanti.
Invest jela beli 6 botol terus bulan ni sebab Shaklee nak bagi lagi 1 botol free.
Kalau taknak free tu bg sini rehan nak.

Tak cukup fulus nak beli 6 botol?
Beli 2 pun ada diskaun.
Nak guane lagi? Huntong zaman korang banyak jenis offer ada.
Hihi.

Order macam biasa WA rehan +60127807365.
Kalau yg tak biasa tu, jangan pemalu sangat.
Rugi kat badan.

Nah sekarang korang tekan butang share tu ramai-ramai.
Pastu korang save gambar ni, send kat kawan-kawan.
Ajak diorang share beli Omega bulan ni.
Korang jugak yg dapat free ahli + bonus cash tau.
.
Nak tau macam-macam lagi cara nak untung dengan Shaklee, WA rehan +60127807365.

Berakhir Sudah September 2016.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah selesai sudah bulan September 2016. Tamat bulan kelahiran rehan. Satu tahun umur bertambah, satu tahun juga semakin dekat dengan kematian. Jadi kena lebih insaf, jangan gembira sangat.

Birthday rehan tahun ni sangat bermakna. Sebab rehan dapat sambut dengan kakak rehan yang dah 3 tahun tak bersua. Kakak rehan ni sekarang sedang sambung pengajian doktor falsafah di Belgium. Sama-sama kita doakan beliau berjaya graduasi on time tahun depan.


Selain tu birthday kali ni juga rehan berkesempatan sambut dgn kawan-kawan terbaik rehan. Seorang tu pengapit merangkap pelukis inai masa rehan nikah dulu. Seorang lagi kawan sejabatan masa masih bekerja dulu, sama-sama geng kena buli. Opss.

Sempena birthday rehan, saja la rehan belanja diorang ni makan KFC. Dah lama sangat rehan tak makan KFC, teringin la pulak. Wajib order extra cheese walaupun makan ayam yang curah cheese atasnya tu. Gila cheese betul. Haha. Aktiviti bila kami dah berkumpul bertiga apa lagi, bertukar-tukar fikiran (bergosip) la. Ada jugak terselit tukar-tukar resepi dan tukar-tukar ayat perli memerli sesama kami. Hihi. Kawan rehan ni seorang doktor falsafah, seorang lagi bakal doktor falsafah. Tapi bila kami berjumpa, fefeeling macam gadis-gadis remaja gelak mengekek-ngekek tak macam orang dewasa. Haha.



Ni la aktiviti masa tu. Main snow sambil ketawa tak sudah. Tak ke macam budak-budak. Hahaha.

Birthday rehan tahun ni, zauji hadiahkan rehan shawl RM10. Suka sangat. Biasanya rehan tak minta hadiah, zauji pun takde prepare apa-apa untuk birthday rehan. Tahun ni dah masuk tahun ke-12 rehan tak ingat birthday rehan. Zauji kejut rehan untuk wish birthday pun rehan cuma balas: "ok...ok..." haha. Terus terang rehan tak gemar sangat sambut birthday rehan. Kalau birthday anak-anak pun sambut gitu-gitu je. Saja seronok-seronok. Takde la beria. Hehe.

Apapun Alhamdulillah untuk nikmat nyawa, bahagia dan ujian sepanjang 30 tahun hidup ni. Syukur sangat Allah swt tempatkan rehan di mana rehan berada sekarang. Bukan di tempat lain. InshaAllah rehan usahakan untuk beri yang terbaik dalam melaksanakan tanggungjawab rehan.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...