"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bagaimana GLA Bantu Cepat Hamil.

Assalamualaikum.

GLA Complex membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu ketika subur. Namun, tak semua orang memperolehi cecair yang sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan wanita itu. Cecair yang subur akan membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio lalu bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih lagi hidup di situ sehingga hari ke-5.

Jadi, puan-puan  yang masih belum dikurniakan rezeki anak, atau dah pernah beranak tapi dah 5 tahun tak dapat juga anak kedua bolehlah cuba periksa cecair serviks masing-masing. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, jangan ambil ringan dalam mengenali cecair kesuburan kita yek. Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA Complex? Jawapannya tidak. GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tetapi kalau dah subur tu memang tiadalah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Related image

Jom kita baca soalan popular yang sering saya terima tentang GLA Complex Shaklee.

Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee tiada jual EPO?
Jawapan: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi ramai yang tak tahu kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. Borage mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) borage juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Jawapan: Buatlah keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA Complex? Kenapa tak disebut minyak borage je? 
Jawapan: Kerana kandungannya memang complex. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

[Credit]

Jadi anda pilih yang mana? Rehan pertama kali amalkan GLA lepas bersalin Kautsar. Masa tu merancang nak tambah anak, jadi nak period cepat-cepat la. Alhamdulillah dalam masa sebulan lepas makan GLA, period datang macam biasa walaupun rehan fully breastfeeding. Mula-mula tu period lama juga sampai 33-35 hari. Biasanya rehan punya cycle cuma 27 hari. Lepas habis sebotol, period cycle rehan genap-genap 27 hari. Dalam 5 bulan rehan dah hamilkan Arfa. Alhamdulillah.

Jom pilih GLA. Hubungi rehan ye untuk order dan cara makan yang betul.


Keputihan Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Topik hari ni geli-geli sikit. Jarang orang nak bercakap pasal benda ni, sebab segan. Jadi kebanyakannya akan google, dengan harapan dapat maklumat tentang masalah mereka.

Masalah apa yang taboo sangat tu?
Ya. Masalah keputihan.

Ok mula-mula kita kena faham apa itu keputihan wanita.

Masalah yang biasa disebut keputihan wanita sebenarnya adalah masalah lendir faraj berlebihan. Pngeluaran lendir faraj adalah proses normal bagi tubuh wanita sihat tau. Yang tak normal bila lendir tu keluar secara berlebihan, berwarna kekuningan / kehijauan, berbau, menyebabkan gatal-gatal. Sebab itu mungkin petanda masalah yang lebih besar, contohnya jangkitan kuman, malah mungkin juga kanser.

Kalau tak ada jangkitan kuman atau masalah besar lain, mengalami keputihan berlebihan dah tentu rasa tak selesa, malu dan kurang keyakinan diri. Terutamanya bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Dah la letih jaga anak, trauma bersalin. Lepas tu nak hadap keputihan pulak. Menangis tau!

Sebab tu ibu-ibu jangan sedih lagi, kita boleh ikhtiar untuk kurangkan keputihan. Perkara ni normal, jadi jangan malu kalau ada masalah keputihan. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang baru bersalin.

Mula-mula sekali, ibu boleh cuba kerap tukar pantyliner / panties. Setiap 3-4 jam, tukar pantyliner / panties supaya kekal kering dan bersih. Bakteria mudah membiak kat tempat lembap, sebab tu kena pastikan bahagian itu sensiasa bersih dan kering.

Selain tu, ibu boleh cuba ubah pemakanan. Kurangkan makan makanan bergoreng, lebihkan makan bawang putih dan makanan yang membunuh bakteria. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi tau. Terbaik untuk keputihan dan imun tubuh. Contoh makanan yang membunuh bakteria pula yogurt. Sehari makan la 1 tub kecil yogurt tu. Boleh nampak bezanya sebelum dengan lepas amalkan makan yogurt.

Selain tu boleh juga gunakan pencuci wanita yang bersesuaian.

Kalau semua cara tak jalan, ibu-ibu jangan menangis kat bucu katil ye. Ibu pakai baju lawa, pakau tudung sopan-sopan, pergi klinik jumpa doktor cerita semua masalah keputihan ibu tu. Jangan malu. Doktor tu dah macam-macam pengalaman, setakat keputihan lepas bersalin, normal sangat. Biasanya doktor akan bagi dua jenis ubat. Ubat makan (antibiotik) yang kena makan habiskan, jangan tak habiskan. Lagi satu ubat masuk kat faraj. Lebih kurang macam ubat masuk montot anak kalau demam tu saiznya. Mungkin juga doktor akan prescribe pencuci wanita antiseptik kalau perlu.

Ok ibu, takmau sedih-sedih ok.
Bukan ibu seorang tau, ramai ibu-ibu (dan remaja pun ada) yang mengalami masalah keputihan.
Rehan pernah dengar kenalan rehan cakap, keputihan yang dia alami gatal teramat sangat sampai rasa nak melompat-lompat menahan gatal.
Ada yang sampai warna kehijauan.
Ada yang garu sampai berdarah.
Ramai ibu-ibu yang bermasalah keputihan, jangan dibiarkan.


Sekarang rehan nak cerita macam mana Shaklee boleh bantu ibu-ibu kurangkan masalah keputihan. Terutama sekali lepas bersalin.

InshaAllah cuma 2 suplemen Shaklee dah cukup untuk bantu masalah keputihan; Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Alfalfa Complex diperbuat daripada herba alfalfa, bantu membersihkan faraj, memberi sensasi rasa ketat dan bersifat anti kulat. Alfalfa juga mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti kacip fatimah. Garlic Complex pula alternatif buat yang tak tertelan bawang putih banyak-banyak. Juga bersifat antikulat dan antibiotik semulajadi.

Nak tau lebih lanjut WhatsApp rehan ok.


Testimoni Susu Banyak dengan Alfalfa Shaklee.

Assalamualaikum.

Rehan ni banyak dapat testimoni tau. Tapi tak sempat sangat nak share semuanya. Tapi baru-baru ni rehan dapat testimoni yang buat rehan senyum lebar.

Jom baca.


Akak ni kawan FB rehan, dulu sama-sama jual baju kurung cotton. Kemudian akak tu stop jual, rehan pulak pause jual baju kurung sebab fokus kat Shaklee. Tapi kami terus berkawan kat FB. Raya tahun lepas kalau tak silap rehan, akak ni sempat singgah rumah rehan kat Batu Pahat. Kebetulan akak tu hadir kenduri kat kawasan ni.

Baru-baru ni akak manis ni selamat lahirkan anak ketiga. Alhamdulillah seronok rehan kalau kawan-kawan bersalin. Akak ni dulu pernah guna Shaklee tapi dah berhenti. Sekarang akak ni mula makan Shaklee semula, lebih khusus lagi akak ni makan set susu.

Kat atas ni feed back akak tu lepas makan Alfalfa Complex. Seronok kan baca!

Alfalfa Complex memang terbukti berkesan sebagai milkbooster. Masa rehan baru mula-mula kenal Shaklee, rehan pernah la bagi seorang kenalan rehan cuba Alfalfa Complex. Masa tu dia ada masalah susu kurang. Kenalan rehan ni bagi feedback yang sangat amazing tau. Nak tau apa?

Well kenalan rehan ni agak skeptikal orangnya. Dia tak makan suplemen. Masa mula-mula bagi dia try Alfalfa Complex ni rehan tak yakin dia makan ke tak. Haha. Masa tu rehan suggest makan 4-6 biji je sehari (sebab rehan tau dia skeptik). Rupanya kenalan rehan ni makan 1 biji je pagi. Hahah adoi.

Tapi tak sampai seminggu dia mesej rehan semula. Katanya susu bertambah. Dia makan 1 biji Alfalfa lepas breakfast, bila pam pagi biasa je dalam 1 oz. Tapi bila pam tengahari, boleh dapat 3 oz, walaupun biasanya cuma dapat 1 oz je. Bagus, kan?

Jadi mak-mak kalau rasa ada masalah susu kurang tak salah kalau cuba Alfalfa Complex. Sebotol cuma RM57 je tau. Suplemen jenama antarabangsa, ada jaminan selamat dan berkesan. Mana nak dapat harga macam ni jenama lain.

Tapi kalau rasa nak lebih jimat, beli 1 set 3 botol terus, boleh dapat EXTRA 1 BOTOL PERCUMA je. Offer ni valid sepanjang November 2016 tau.

Hubungi rehan, inshaAllah rehan bagi konsultasi eksklusif kepada pelanggan rehan shj. Contact nombor bawah ni ye.


Segalanya Tentang Lecithin.

Assalamualaikum.

Produk untuk dibincangkan hari ini: Lecithin. Kenapa lecithin? Sebab Lecithin ini salah satu produk terlaris saya. Jadi saya nak cerita serba sedikit kenapa ramai sangat yang suka ulang beli Lecithin ini. Semoga apapun kebaikan yang mereka dapat dari produk ini akan turut dikongsi oleh pengguna lain, inshaAllah.


Kepentingan Lecithin:
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin:
Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian.
Kolin – satu komponen neurotransmitter.
Asetikolina – membekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak dan sistem saraf.
Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.

Kegunaan Lecithin bukan setakat untuk pecahkan lemak dan kuruskan badan (walaupun itu sebab utama kebanyakan pelanggan amalkan Lecithin). Tanpa mereka sedar, banyak lagi kebaikan Lecithin yang mereka terima. Cuma selepas mereka amalkan baru mereka perasan perubahan-perubahan lain selain berat badan yang semakin menurun. Berikut antara kebaikan Lecithin.

Paling Utama
Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
Memecah serta mencairkan lemak terutamanya kolestrol.
Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
Membantu kawal paras triglycerides.
Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluh-pembuluh darah.
Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

Penting Untuk Fungsi Otak
Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dll.
Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan tanpa masalah. Jika tidak, fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.
Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) juga adalah lecithin.

Untuk Warga Emas
Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.
Mengurangkan berlakunya masalah pembuluh tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dll.

Untuk Penghadaman
Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

Untuk Sel Tubuh
Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.
Choline dan lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

Untuk Kesihatan Kardiovaskular (Sistem Jantung)
Fungsi utama lecithin sebagai "Fat Emulsifier" amat penting untuk perlindungan sistem jantung.

Jadi untuk anda yang pentingkan kesihatan dan kecantikan tubuh badan, Lecithin memang produk terbaik untuk mengawal berat badan dan paras kolestrol dalam darah. Sambil-sambil sihat, anda dapat tubuh yang anda idamkan.

Kebaikan Alfalfa Yang Ramai Tak Tahu.

Assalamualaikum.

Image result for alfalfa

Ramai salah sangka, Alfalfa Complex cuma untuk wanita saja. Sangat banyak kebaikan Alfalfa Complex untuk lelaki dan wanita. Malah sebenarnya Alfalfa Complex adalah produk pertama yang dihasilkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee ketika beliau mula-mula terlibat dalam perusahaan suplemen dan vitamin. Sebab apa? Sebab beliau kagum dengan penggunaan herba Alfalfa secara meluas di dunia barat, sebagai suplemen dan juga rawatan berkaitan kesihatan. Kalau di Malaysia, herba Alfalfa ni seolah-olah herba Kacip Fatimah yang sangat meluas digunakan untuk pelbagai fungsi.

Berikut serba ringkas kebaikan Alfalfa Complex kepada lelaki dan wanita:

  • Merawat gangguan pencernaan
  • Mengawal kolestrol dalam darah
  • Menghapuskan kolestrol buruk 'LDL' dari tubuh
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
  • Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
  • Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
  • Mengurangkan simptom menopous
  • Merawat asthma dan lain-lain masalah pernafasan
  • Merawat masalah sembelit
  • Menyahkan toksik dalam tubuh
  • Mengurangkan kesakitan otot dan sendi
  • Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
  • Membantu masalah penghadaman
  • Membantu memperbanyakkan susu ibu
  • Mengurangkan masalah pundi kencing
  • Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
  • Meningkatkan kesihatan prostat
  • Bertindak seperti kacip fatimah kepada wanita
  • Menghangatkan hubungan suami isteri
  • Membantu tingkatkan kesihatan lelaki


Kenapa mesti pilih Alfalfa Complex Shaklee?

  • Sumber terbaik dari daun alfalfa (tanpa akar dan batang)
  • Alfalfa Shaklee ditanam tanpa semburan bahan kimia
  • Alfalfa Shaklee Mengandungi vitamin B, C, E dan K dalam jumlah yang seimbang.
  • Mengandungi mineral Kalsium, Magnesium, Kalium, Fosforus dan Zat Besi. 
  • Alfalfa Shaklee turut mengandungi, Flourida, Protein, Mineral Surih, Serat, Asid Lemak dan Antioksidan
  • Di sediakan dalam dua pek bersaiz 330 biji dan 700 biji  
  • Pil boleh dihancurkan dan dicampur dengan air sebagai minuman herba semulajadi
  • Tidak memberi mudarat kepada bayi yang menyusu seperti panas dan cirit-birit
  • Alfalfa Shaklee tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet tiruan.
  • Membersihkan hati
  • Membantu melengkapakan zat dan nutrient dalam pemakanan seseorang


Jika berminat untuk dapatkan tablet Alfalfa Complex Shaklee pada harga super menarik, boleh hubungi rehan. Harap entri kali ini memberi banyak info kepada anda.


Promosi November 2016: NutriFeron, Lecithin, Alfalfa Complex.

Assalamualaikum.

Musim hujan-panas-hujan lagi ni, kita senang terjangkit demam selesema dan batuk, kan. Terutamanya anak-anak yg masih kecil.

Shaklee ada produk immune booster iaitu NutriFeron. Nutriferon selamat dimakan oleh dewasa dan kanak-kanak 1 tahun ke atas.

Immune = sistem pertahanan badan melawan penyakit
Booster = penambah kuat


Sepanjang Nov 16 ni, anda boleh dapatkan diskaun 5% dgn belian 2 kotak Nutriferon. Atau kalau anda beli 6 kotak NutriFeron, anda layak dapat 1 kotak lagi secara percuma. Best, kan?

Turut promosi bulan ni, percuma 1 botol jika anda beli 3 botol Alfalfa atau Lecithin. Jimat banyak sangat tau. Lebih 25% boleh jimat, cuma dengan belian 1 set promosi Alfalfa Complex atau Lecithin. Peminat-peminat Alfalfa Complex dan Lecithin confirm nak order banyak set terus, kan? Jangan risau, expiry Alfalfa Complex Julai 2017, Lecithin pulak expire May 2017. Sempat kalau borong 8 botol.

Ops! maaf lupa maklumkan.
Jika anda daftar sbg ahli Shaklee, anda layak membeli pd harga ahli. Jimat lebih 15% lagi. Erm cuba kira sikit. Tadi fah jimat 25%, ni tambah lagi 15%. Ermmm, eh! WOW! Betul-betul mesra poket la promosi kali ni. Hihi.

Masa ni memang masa terbaik untuk jana side income. Shaklee tawarkan banyak peluang untuk jana side income, dengan produk yang dah ternama. Malah ada jaminan daripada Shaklee sendiri produk-produk mereka SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN.

Bagi pengguna Malaysia, jangan was-was sebab suplemen Shaklee yang di pasaran Malaysia disahkan HALAL oleh Islamic Services of America, iaitu badan pengesahan halal yang diiktiraf oleh JAKIM.

Fikir apa lagi tu? Jom dapatkan konsultasi free dari rehan hari ini. Rehan guide cara makan yang betul dan berkesan. Jangan risau ye, kaedah rehan 100% dicadangkan oleh ahli nutrisi Shaklee sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...