"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Bagaimana GLA Bantu Cepat Hamil.

Assalamualaikum.

GLA Complex membantu wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Perasan tak sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu ketika subur. Namun, tak semua orang memperolehi cecair yang sebegitu ‘subur’.

Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan wanita itu. Cecair yang subur akan membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio lalu bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari. Jadi, kalau tak ‘kena’ hari subur pun masih ada peluang sebab sperma masih lagi hidup di situ sehingga hari ke-5.

Jadi, puan-puan  yang masih belum dikurniakan rezeki anak, atau dah pernah beranak tapi dah 5 tahun tak dapat juga anak kedua bolehlah cuba periksa cecair serviks masing-masing. Kalau cecair tu tebal, kecoklatan dan kering, itu petanda kurang baik sebab ia boleh menghalang persenyawaan.

Jadi, jangan ambil ringan dalam mengenali cecair kesuburan kita yek. Bagaimana pula kalau dah subur, adakah akan terlebih subur bila ambil GLA Complex? Jawapannya tidak. GLA complex membantu mereka yang kurang subur, tetapi kalau dah subur tu memang tiadalah sampai sebulan 2-3 kali bertelur yer.

Related image

Jom kita baca soalan popular yang sering saya terima tentang GLA Complex Shaklee.

Apa beza GLA Dan EPO? Shaklee tiada jual EPO?
Jawapan: EPO kaya dengan GLA. Borage juga kaya dgn GLA. Kebanyakkan GLA yang sedia ada di pasaran dihasilkan daripada EPO. Tetapi ramai yang tak tahu kepekatan GLA berbeza dalam kedua-duanya. Borage mengandungi GLA dua kali ganda yang lebih tinggi dari EPO. Dari segi bioavailabiliti (kadar penyerapan) borage juga adalah 3 kali lebih berkesan daripada EPO.

Patut beli EPO atau GLA Complex Shaklee?
Jawapan: Buatlah keputusan sendiri. Apa yang saya boleh beritahu adalah GLA COMPLEX Shaklee menggunakan bunga borage sebagai bahan utamanya.

Kenapa produk Shaklee disebut GLA Complex? Kenapa tak disebut minyak borage je? 
Jawapan: Kerana kandungannya memang complex. Bukan sekadar borage. GLA Complex Shaklee mengandungi asid gamma linolenik (GLA) dari minyak borage, asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Bioavailabitinya dibuktikan secara klinikal di mana ia mampu menyerap ke dalam sel dan tisu dengan lebih baik.

[Credit]

Jadi anda pilih yang mana? Rehan pertama kali amalkan GLA lepas bersalin Kautsar. Masa tu merancang nak tambah anak, jadi nak period cepat-cepat la. Alhamdulillah dalam masa sebulan lepas makan GLA, period datang macam biasa walaupun rehan fully breastfeeding. Mula-mula tu period lama juga sampai 33-35 hari. Biasanya rehan punya cycle cuma 27 hari. Lepas habis sebotol, period cycle rehan genap-genap 27 hari. Dalam 5 bulan rehan dah hamilkan Arfa. Alhamdulillah.

Jom pilih GLA. Hubungi rehan ye untuk order dan cara makan yang betul.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...