"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Keputihan Lepas Bersalin.

Assalamualaikum.

Topik hari ni geli-geli sikit. Jarang orang nak bercakap pasal benda ni, sebab segan. Jadi kebanyakannya akan google, dengan harapan dapat maklumat tentang masalah mereka.

Masalah apa yang taboo sangat tu?
Ya. Masalah keputihan.

Ok mula-mula kita kena faham apa itu keputihan wanita.

Masalah yang biasa disebut keputihan wanita sebenarnya adalah masalah lendir faraj berlebihan. Pngeluaran lendir faraj adalah proses normal bagi tubuh wanita sihat tau. Yang tak normal bila lendir tu keluar secara berlebihan, berwarna kekuningan / kehijauan, berbau, menyebabkan gatal-gatal. Sebab itu mungkin petanda masalah yang lebih besar, contohnya jangkitan kuman, malah mungkin juga kanser.

Kalau tak ada jangkitan kuman atau masalah besar lain, mengalami keputihan berlebihan dah tentu rasa tak selesa, malu dan kurang keyakinan diri. Terutamanya bagi ibu-ibu yang baru bersalin. Dah la letih jaga anak, trauma bersalin. Lepas tu nak hadap keputihan pulak. Menangis tau!

Sebab tu ibu-ibu jangan sedih lagi, kita boleh ikhtiar untuk kurangkan keputihan. Perkara ni normal, jadi jangan malu kalau ada masalah keputihan. Lebih-lebih lagi bagi ibu yang baru bersalin.

Mula-mula sekali, ibu boleh cuba kerap tukar pantyliner / panties. Setiap 3-4 jam, tukar pantyliner / panties supaya kekal kering dan bersih. Bakteria mudah membiak kat tempat lembap, sebab tu kena pastikan bahagian itu sensiasa bersih dan kering.

Selain tu, ibu boleh cuba ubah pemakanan. Kurangkan makan makanan bergoreng, lebihkan makan bawang putih dan makanan yang membunuh bakteria. Bawang putih adalah antibiotik semulajadi tau. Terbaik untuk keputihan dan imun tubuh. Contoh makanan yang membunuh bakteria pula yogurt. Sehari makan la 1 tub kecil yogurt tu. Boleh nampak bezanya sebelum dengan lepas amalkan makan yogurt.

Selain tu boleh juga gunakan pencuci wanita yang bersesuaian.

Kalau semua cara tak jalan, ibu-ibu jangan menangis kat bucu katil ye. Ibu pakai baju lawa, pakau tudung sopan-sopan, pergi klinik jumpa doktor cerita semua masalah keputihan ibu tu. Jangan malu. Doktor tu dah macam-macam pengalaman, setakat keputihan lepas bersalin, normal sangat. Biasanya doktor akan bagi dua jenis ubat. Ubat makan (antibiotik) yang kena makan habiskan, jangan tak habiskan. Lagi satu ubat masuk kat faraj. Lebih kurang macam ubat masuk montot anak kalau demam tu saiznya. Mungkin juga doktor akan prescribe pencuci wanita antiseptik kalau perlu.

Ok ibu, takmau sedih-sedih ok.
Bukan ibu seorang tau, ramai ibu-ibu (dan remaja pun ada) yang mengalami masalah keputihan.
Rehan pernah dengar kenalan rehan cakap, keputihan yang dia alami gatal teramat sangat sampai rasa nak melompat-lompat menahan gatal.
Ada yang sampai warna kehijauan.
Ada yang garu sampai berdarah.
Ramai ibu-ibu yang bermasalah keputihan, jangan dibiarkan.


Sekarang rehan nak cerita macam mana Shaklee boleh bantu ibu-ibu kurangkan masalah keputihan. Terutama sekali lepas bersalin.

InshaAllah cuma 2 suplemen Shaklee dah cukup untuk bantu masalah keputihan; Alfalfa Complex dan Garlic Complex.

Alfalfa Complex diperbuat daripada herba alfalfa, bantu membersihkan faraj, memberi sensasi rasa ketat dan bersifat anti kulat. Alfalfa juga mengandungi phytoestrogen yang bertindak seperti kacip fatimah. Garlic Complex pula alternatif buat yang tak tertelan bawang putih banyak-banyak. Juga bersifat antikulat dan antibiotik semulajadi.

Nak tau lebih lanjut WhatsApp rehan ok.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...