"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Dating Dengan Suami.

Assalamualaikum.

Semalam seronok sangat. Rehan keluar dating dengan zauj Qusyairi. Haha. Ingat senang ke nak keluar dating dengan beliau?

Memandangkan kami ni kawin cuma lepas 7 bulan kenal, kemudian dapat anak lepas setahun beberapa bulan berkahwin, jadi tempoh berdating kami ni pun sebenarnya adalah dalam setahun-dua je.

Bunyinya macam lama kan. Dating dua tahun.

To be honest pada rehan tak lama pun tempoh 2 tahun tu. Sebab sebelum kahwin bukan senang nak keluar dating. Mula-mula tu sempat keluar makan malam je, sebab rehan pun balik kerja pukul 7 (rajin sangatkan, stay extra hour kat office siapkan kerja hahah). Sebelum ayah rehan kenal zauj Qusyairi pun, rehan tak sedap hati nak keluar selalu dengan beliau. Jadi rehan cepat-cepat kenalkan zauj Qusyairi kat ayah.

Bila ayah dah kenal beliau, dating dah bukan dating lagi. Sebab masa tu dah rancang nak kahwin. Dating pun pergi cari baju kahwin, kasut kahwin. Beli barang kahwin. Macam tu jela kami dating. Kebetulan pula rehan pilih andaman kat JB, dating tu berkejar-kejar balik kerja jam 5 terus shoot ke JB nak fitting baju. Lepas fitting, makan kat sebelah kedai pengantin tu, pastu balik rumah dalam jam 10-11 sampai rumah tidur. Letih betul haha. Berkali-kali itu jela rutin kami.

Hujung minggu kumpul barang-barang hantaran sikit-sikit, maklumlah orang takde mak ni banyak kena uruskan sendiri. Cari bunga-bunga sendiri, reben-reben pun beli sendiri. Alhamdulillah kakak rehan nak tolong gubah. Kalau rehan gubah confirm tak lawa. Haha.

Lepas kahwin pula sibuk kerja. Sempat honeymoon pun sambil kerja. Honeymoon ke Sabah dari KK-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Mabul sambil zauj Qusyairi ada lawatan ke sana. Selain tu, hujung minggu banyak bengkel dan kursus. Kalau bukan rehan yang kerja, zauj Qusyairi kerja. Bila ada masa lapang sikit, balik kampung.

Kemudian Kautsar dan Arfa lahir. Memang tak ada masa berdua. Rehan ni walaupun tinggal di kampung rehan, tapi kakak abang ayah semua kat tempat lain. Anak-anak rehan pun tak berapa nak tinggal dengan pengasuh. Diorang ok je duduk rumah pengasuh tapi rehan sendiri yang kalau boleh je mesti ambil dan bawa balik rumah hehe. Kalau rehan cuti, memang takkan hantar anak ke pengasuh. Kalau balik kerja awal pun terus ambil anak dari pengasuh. Segan susahkan pengasuh tu jaga anak kita lama-lama.

Semalam zauj Qusyairi ambil cuti semata-mata nak teman rehan jalan-jalan cari hadiah birthday Arfa. Sekejap je dah nam masuk 2 tahun baby ibu. Penat juga la semalam, singgah banyak tempat. Rasanya sejak sekian lama, ni pertama kali kami dapat makan berdua santai-santai, dengan tenang dan aman. Haha. Sejak rehan bekerja dari rumah, selalu juga kami keluar makan tengahari berdua. Tapi terkejar-kejar sebab zauj rehat sejam je.

Rehan takde gambar boleh share sini. Rehan ni bukan jenis yang suka ambil gambar hehe. Jadi korang bayangkan jela muka rehan dengan zauj Qusyairi tengah dating semalam ye haha.

Ps: balik dating, mama cat rehan bersalin pulak. Dapat cucu 2 ekor hitam-hitam. Hihi. Alhamdulillah rehan suka tengok mama cat bersalin cepat dan mudah.

Shaklee Untuk Sakit Lutut.

Assalamualaikum.

Ayah rehan ni banyak penyakit tau. Yelah, orang umur dah senja. Ayah rehan pulak sejak zaman muda memang tak berapa pentingkan kesihatan. Semua makanan ayah harung je makan. Bila dan tua-tua ni macam-macam la kesannya.

Sejak rehan bergelumang dengan Shaklee, rehan makin menyibuk perihal kesihatan ayah. Ayah rehan ada penyakit darah tinggi, diabetis sikit, dan kolestrol tinggi. Tapi setakat minggu lepas, darah tinggi, diabetis dan kolestrol ayah rehan dah ok sangat-sangat. Setiap kali check-up pun doktor kata terkawal.

Tengok sikit rupa Atuk Salleh. Hensem boleh tahan. Lutut je sakit sikit. Hehe.
Cuma masalahnya ayah rehan ada sakit lutut. Agak teruk jugak sakit lutut ni sebab ayah sampai taknak ikut kami keluar sebab lutut sakit masa jalan. Lagi satu, kalau dah turun tingkat bawah, seharian ayah tak naik tingkat atas sebab tak larat nak naik tangga. Nak tidur malam nanti baru ayah naik tingkat atas.

Awalnya rehan cuma bagi ayah makan AJHT je. Botol pertama habis, ayah minta botol kedua pula. Ini sangat ajaib. Sebab ayah rehan dah makan banyak sangat ubat untuk sakit darah tinggi, diabetis dan kolestrol, jadi ayah memang taknak makan ubat lagi. Tapi bila ayah minta botol kedua tu, rehan tanyalah ok ke tak makan AJHT.

Ayah kata, Alhamdulillah rasa sakit lutut ayah berkurang. Sehari tu boleh la naik turun tanggan 3-4 kali. Cuma ayah malas nak makan AJHT ni sebab telan pil lagi. Dah banyak sangat pil yang ayah telan.

Alhamdulillah, rezeki rehan Allah swt salurkan melalui bonus Shaklee bulanan, rehan mampu bekalkan ayah dengan VIVIX. Kali pertama ayah makan VIVIX, ayah nampak berseri-seri. Baru botol pertama!

Rehan perhatikan, ayah lebih ceria. Bila kami berborak adik beradik, ayah rajin mencelah sama. Sebelum ni ayah kerap tidur, duduk diam dan nampak letih. Tapi sekarang ayah nampak segar dan bertenaga. Kalau kami ajak keluar makan atau berjalan pun ayah rajin ikut.

Yang lebih best, ayah kata sakit lutut dah tak ada. Bukan kurang, tapi hilang terus. Yang ni yang ayah paling suka. Setiap kali ayah nampak batang hidung penyek rehan ni, mesti ayah cakap sakit lutut dah tak ada langsung. Bila rehan bagitau nak orderkan VIVIX untuk ayah, selalu ayah mengelak kononnya taknak susahkan anak. Tapi bila tanya lagi sekali, mesti ayah jawab: Boleh jugaklah. Haha. Malu-malu kucing pulak Atuk Salleh ni. Hihi.

Jadi kalau awak-awak ada mak ayah (atau diri sendiri) yang sakit-sakit lutut tak baik-baik tu, jemput-jemputlah cuba VIVIX. VIVIX ni suplemen terbaik daripada Shaklee. Kalau nak body age belasan tahun, makan la VIVIX ni selalu. Gerenti awet muda. Hihi.

BELI 1 BOTOL VIVIX

BELI 2 BOTOL VIVIX DAN FREE MEMBERSHIP SHAKLEE

Ada apa-apa pertanyaan boleh hubungi rehan tanpa segan silu ye. Kalau beli dari rehan, anda layak terima konsultasi percuma, lebih banyak penjimatan dan panduan cara makan suplemen yang betul. Juga dapat jemputan istimewa ke secret group exclusive untuk pengguna Shaklee. Boleh hubungi rehan seperti contact di bawah ye.


ID 921922 | Batu Pahat, Johor |012-7807365 | noraihanqusyairi@gmail.com

VIVIX Lebih Baik Daripada Resveratrol!

Assalamualaikum.

Apa itu resveratrol? Resveratrol adalah sejenis polifenol yang dihasikan tumbuhan tertentu dalam keadaan tertentu dan dikatakan mempunyai sifat mampu melindungi tubuh manusia dari kerosakan yang disebabkan oleh kanser atau penyakit berkaitan jantung. Resveratrol juga mampu mengelakkan kerosakan pada salur darah, mengurangkan kolestrol jahat dan menghalang berlakunya darah beku.

Resveratrol juga mengandungi antioksidan yang tinggi, bahan yang boleh mencegah obesiti dan diabetis. Selain itu reveratrol juga mampu mengurangkan keradangan dan pembekuan darah yang boleh menyebabkan serangan jantung. Dan sifat resveratrol yang sering mencuri tumpuan ialah fungsinya sebagai anti-penuaan.

Kebaikan Resveratrol:

  • Melanjutkan usia: mampu merangsang mekanisme pertahanan tubuh badan, bertindak melawan ancaman kesihatan terhadap individu yang mengamalkan diet tinggi-lemak, memperbaiki genetik, memperbaiki metabolisme insulin dan glukos yang tidak normal.
  • Metabolisme dan ketahanan fizikal: mampu meningkatkan kemampuan untuk melakukan aktiviti fizikal, mengoptimumkan kadar metabolise dalam tubuh, mengaktifkan gen yang menggalakkan penghasilan tenaga.
  • Menghalang kanser: dikatakan mampu mengurangkan jumlah dan mengecilkan saiz tumor, dan menggalakkan proses apoptosis (pematian sel kanser).
  • Penyakit jantung: mengurangkan keradangan, menghalang pengoksidaan kolestrol LDL (kolestrol jahat), menyukarkan platlet untuk berkumpul dan menyebabkan berlaku sumbatan pada salur darah yang boleh mengakibatkan serangan jantung.
  • Penyakit Alzheimer's: dikatakan boleh melindungi sel otak dan menghalang pembentukan plak.
  • Diabetis: menghalang penolakan insulin.




VIVIX Shaklee
Mengandungi empat (4) bahan aktif yang tinggi dengan kandungan resveratrol dan polifenol yang lain. Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Shaklee, maka terhasillah Vivix, yang mempunyai resveratrol dan campuran phytonutrient yang diperolehi dari anggur muscadine yang telah menunjukkan 10 kali lebih berkesan dari pengambilan resveratrol semata-mata.

Anggur muscadine adalah anggur yang jarang didapati, dan ia adalah anggur terbaik kerana ia hidup secara semulajadi dalam cuaca yang ekstem. Semakin buah anggur itu terdedah kepada suasana ekstrem, semakin ia menghasilkan resevratrol yang tinggi!




MENARIK TENTANG VIVIX
  • Satu sudu teh Vivix mengandungi resveratrol yang bersamaan dengan 3000 gelas wain merah...pastinya alternatif terbaik bagi muslim
  • 2500 kajian diterbitkan terhadap bahan-bahan yang digunakan dalam Vivix
  • Bahan yang digunakan mempunyai potensi lebih 10 kali ganda dari resveratrol semata-mata dalam memperlahankan penuaan sel
  • Mempunyai lebih dari 15 polyphenol termasuk ellagitannins yakni antioksidan semulajadi
  • Diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi tanpa pewarna tiruan, pemanis, perasa, alkohol dan pengawet
  • Semestinya halal
  • Dipatenkan eksklusif untuk Shaklee


Keratan Media:





Apa Itu Resveratrol?

Assalamualaikum.

Kesinambungan daripada entri berkaitan radikal bebas dan antioksidan, Rehan ada mention dalam entri sebelum ni salah satu antioksidan utama ialah resveratrol. Jadi hari ni rehan nak cerita sikit pasal resveratrol pulak.

Resveratrol adalah satu bahan yang dihasilkan oleh sesetengah tumbuhan untuk melindungi diri mereka daripada stress akibat persekitaran. Macam kita manusia bila stress kita makan coklat kan, tumbuhan pula hasilkan resveratrol untuk rendahkan stress tu. Jadi senang kata resveratrol ni sejenis agen pemulihan semulajadi oleh tumbuhan la.

Resveratrol dikenalpasti ada dalam wine merah. Wine merah dihasilkan melalui proses fermentasi anggur. Kulit anggur mengandungi resveratrol yang tinggi bertujuan untuk melindungi buah anggur daripada serangan bakteria dan kerosakan akibat matahari.

Jom baca apa lagi kebaikan resveratrol:

  • Kajian pra-klinikal menunjukkan resveratrol mengandungi pelbagai fungsi biologi yang berkemungkinan terlibat mencegah/merawat kanser, penyakit kardiovaskulardan penyakit neurodegeneratif.
  • Dua kajian yang dikawal dengan placebo menunjukkan pengambilan 8mg resveratrol selama setahun mengurangkan keradangan pesakit yang berisiko mengalami serangan kardiovaskular serta pesakit jantung koronari.
  • Kajian klinikal menunjukkan pengambilan suplemen resveratrol memberikan peningkatan ketara terhadap metabolisme glukos dan lipis bagi pesakit diabetis tahap 2.


Nak tau suplemen resveratrol yang terbaik di pasaran?
Dah tentu VIVIX Shaklee!

Kenapa VIVIX Shaklee adalah suplemen antioksidan terbaik di pasaran, rehan akan ceritakan dalam next entri.


Fungsi Antioksidan Lawan Radikal Bebas.

Assalamualaikum.

Semalam rehan dah cerita pasal radikal bebas kan. Harapnya ramai dah faham apa tu radikal bebas. Rehan recap sikit, radikal bebas tu sifatnya suka mencuri elektron daripada unsur dalam tubuh. Sel yang kehilangan elektron akibat dicuri oleh radikal bebas akan mengalami kerosakan / kecacatan struktur atau / dan maklumat genetik dalam DNA. Kerosakan ni menyebabkan tubuh tak berfungsi dengan betul, lalu berlaku komplikasi seperti sel membiak dengan sangat cepat menyebabkan kanser atau tumor atau pengumpulan kolestrol jahat dalam salur darah dll.

*Perangai lama sebangai pengajar susah nak buang. Kalau nak masuk bab baru mesti nak recap bab lepas dulu. Hihi.*

Ok jadi hari ni kita nak belajar pasal antioksidan pulak. Antioksidan ni sifatnya suka menderma elektron. Jadi antioksidan ni kalau jumpa radikal bebas yang suka curi elektron tu, antioksidan akan dermakan elektron kat radikal bebas. Jadi radikal bebas tak perlu curi elektron sel tubuh kita. Tak berlakulah kerosakan pada sel dan genetik kita.


Tiga jenis antioksidan utama ialah beta-karotena, vitamin C dan vitamin E. TIga-tiga vitamin ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis buah-buahan terutamanya yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning. Berikut adalah contoh sayuran dan buah-buahan yang mengandungi tiga antioksidan ini.

Beta-carotene and other carotenoids: apricots, asparagus, beets, broccoli, cantaloupe, carrots, corn, green peppers, kale, mangoes, turnip and collard greens, nectarines, peaches, pink grapefruit, pumpkin, squash, spinach, sweet potato, tangerines, tomatoes, and watermelon 
Vitamin C: berries, broccoli, Brussels sprouts, cantaloupe, cauliflower, grapefruit, honeydew, kale, kiwi, mango, nectarine, orange, papaya, snow peas, sweet potato, strawberries, tomatoes, and red, green, or yellow peppers 
Vitamin E: broccoli (boiled), avocado, chard, mustard and turnip greens, mangoes, nuts, papaya, pumpkin, red peppers, spinach (boiled), and sunflower seeds
Salah satu kesan akibat serangan radikal bebas dalam tubuh ialah penuaan awal. Dengan pengambilan antioksidan yang mencukupi, kita dapat melawan serangan radikal bebas, sekaligus mengawal proses penuaan kita. Sebab itu antioksidan sering digelar sebagai vitamin awet muda.

Lagi kebaikan antioksidan yang penting untuk tubuh kita:

  • Perbaiki molekul yang rosak: sesetengah jenis antioksidan boleh memperbaiki molekul yang rosak dalam tubuh dengan mendermakn atom hidrogen kepada sel tersebut. Proses ni penting sekiranya molekul yang terjejas adalah molekul penting seperti DNA.
  • Menghalang penghasilan radikal logam: sesetengah antioksidan mempunyai sifat unik iaitu mampu "memegang" molekul logam berat seperti arsenik dan merkuri dan menghalang berlakunya tindakbalas kimia antara logam tersebut. Antioksidan itu juga membantu menyingkirkan logam berat melalui air kencing.
  • Merangsang penghasilan antioksidan endogenus dan genetik 
  • Sebagai perisai kepada DNA untuk mengelak daripada serangan radikal bebas
  • Menghasilkan bahan kimia anti kanser yang membantutkan pertumbuhan sel kanser dan menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.

Antara antioksidan yang patut diambil secara konsisten ialah vitamin C, vitamin E dan resveraterol.

Hah? Vitamin C dah biasa dengar. Vitamin E pun biasa dengar.
Tapi resveraterol tu apa?

InshaAllah next entri nanti rehan cerita pasal resveraterol pulak.
Rehan nak minum 1 sudu kecil VIVIX dulu, lepas tu rehan nak tidur.

Selamat malam :)

Apa Itu Radikal Bebas Yang Musnahkan Sel dan Genetik.

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak bertukar jadi cikgu sains sekejap. Nak kongsi cerita pasal free radicals ataupun radikal bebas. Bukan radhi OAG ok.

Mula-mula sekali rehan nak bagi warning, dalam entri ini akan ada banyak terminologi sains, limpahan ilmu berkaitan kimia dan mungkin sedikit memeningkan bagi sesiapa yang tak ada latar belakang sains. Rehan cuba tulis dalam bahasa dan penjelasan yang paling mudah difahamkan, InshaAllah.

Tubuh badan kita ni sebenarnya terdedah kepada banyak sangat ancaman; jangkitan, virus, kekurangan nutrisi. Tapi ada lagi satu ancaman besar kepada tubuh yang selalu ramai tak ambil berat iaitu ancaman radikal bebas. Soalnya radikal bebas tu apa? Dengar nama je dah gerun. Huhu.

Radikal bebas ada kesan mampu merosakkan sel tubuh dan bahan genetik yang ada dalam sel tu. Bila dah rosak maksudnya sel tak dapat berfungsi dengan sempurna. Kalau genetik rosak maksudnya sel tu dah tak boleh dikawal oleh tubuh, dia buat hal dia sendiri je contohnya duplicate pada kadar cepat.

Dari mana datangnya radikal bebas? Malangnya salah satu punca radikal bebas ialah hasil sampingan bila tubuh kita tukarkan makanan kepada tenaga. Bila kita makan, makanan itu akan ditukarkan kepada tenaga. Tapi salah satu hasilnya ialah radikal bebas. Selain tu radikal bebas daripada luar tubuh boleh masuk dalam tubuh melalui makanan atau pencemaran udara dan air. Sebab tu penting kita pastikan tubuh kita jauh daripada pencemaran.

Makan budak!
Radikal bebas ada pelbagai jenis, bentuk, saiz dan konfigurasi kimia. Tapi persamaan antara semua radikal bebas ialah mereka ni dahagakan elektron. Ewah ayat macam novel pulak. Hihi. Senang kata radikal bebas ni macam pencuri elektron la. Mana-mana unsur yang tak berapa gagah nak lindungi elektron masing-masing akan menyebabkan elektron tersebut dicuri oleh radikal bebas. Kehilangan elektron boleh menyebabkan perubahan pada struktur dan fungsi unsur tersebut.

Paling bahaya tentang ancaman radikal bebas ialah ia boleh mengubah arahan yang terprogram dalam DNA kita. Contohnya kerosakan akibat radikal bebas boleh menyebabkan tubuh kita dapat arahan untuk kumpulkan kolestrok jahat LDL dalam salur darah. Tak ke jahat tu namanya. Huhu. Lagi satu contoh, sel tubuh kita ada membran yang menapis bahan keluar masuk sel. Radikal bebas boleh rosakkan sesuatu sel menyebabkan membran sel tersebut ubah arahan bahan mana yang masuk dan bahan mana yang patut keluar sel. Patutnya air masuk, toksin keluar. Bila rosak sel dapat arahan air kena keluar, toksin pulak masuk. Parah oii.

Tapi Allah swt jadikan tubuh kita ni sempurna. Walaupun kita hasilkan radikal bebas dalam tubuh, tapi dalam masa sama tubuh kita juga ada hasilkan bahan untuk lawan radikal bebas. Selain tu kita boleh dapat bahan yang melawan radikal bebas melalui pemakanan. Maka sila-silakan amalkan pemakanan sihat dan seimbang ye.

Bahan yang melawan radikal bebas ni dipanggil antioksidan. Kerja antioksidan senang je. Antioksidan dermakan elektron kepada radikal bebas yang dahagakan elektron tadi. Baik betul hati antioksidan. Pemurah.

Nak sangat kan, haaaa, ambik la ambik elektron ni banyak-banyak.
Ada banyak jenis antioksidan yang kita biasa dengar, antaranya  vitamin C, vitamin E, beta-carotene, dan lain-lain carotenoids yang berkaitan,selain mineral selenium and mangan. Lagi ialah glutathione, coenzyme Q10, lipoic acid, flavonoids, phenols, polyphenols, phytoestrogens, dan banyak lagi lah.

Pasal antioksidan ni rehan akan cerita dalam entri lain ye. Sebab dah banyak sangat dalam satu entri, karang pening kepala membacanya. Hihi. Lagi pun rehan dah mengantuk sangat dah ni. Dah na tertidur sangat dah.

InshaAllah next entry kita cerita pasal antioksidan pulak ye.
Selamat malam.
Jangan lupa satu sudu kecil VIVIX sebelum tidur.


Artis Pun Minum VIVIX!

Image result for artis minum vivix



Assalamualaikum.

Tudia haa artis pun minum VIVIX. Bukan calang-clang artis tau. Tapi artis yang cantik, yang aktif, yang hensem, yang energetic.

Nak cantik-cantik, nak awet muda jom order VIVIX daripada rehan. Bulan ni beli 2 dapat macam-macam.


Produk Lambatkan Penuaan.

Assalamualaikum.

Zaman sekarang ni ramai orang cepat tua daripada usia. Banyak tekanan emosi, tekanan fizikal dan mental hidup hari ni, tak kira la yang kat bandar atau luar bandar. Kat mana-mana boleh rasa tekanan kan. Jadi rehan perhati ramai juga la akak-abang yang muda-muda tapi nampak lebih berusia. Aduhai, sedih kan?

Sebenarnya bukan sedih sebab muka nampak tua je. Tapi sebab badan pun lebih cepat tua daripada usia. Bayangkan masa rehan join check up kesihatan tahun lepas, ramai yang umur baru 30-an tapi bila buat Karada scan tu body age 60-an pulak. Maksudnya umur 30 tahun tapi badan tu dah macam orang umur 60 tahun. Aduhai.

Ni rehan share sikit, pasal VIVIX Shaklee. Orang duk kata Vivix ni anti penuaan, lambatkan penuaan. Tapi mesti ramai tak betul-betul faham macam mana Vivix ni bantu lambatkan penuaan. Kenapa Vivix berbeza dengan produk anti aging lain kat market. Yela, nak claim Vivix the best anti aging product memang senang, nak buktikan bukan senang.

Jadi hari ni rehan nak buktikan kelebihan Vivix ni la.


Bezanya Vivix ni yang mula-mula sekali sebab bahannya berkualiti tinggi. Bahan utama Vivix ada empat: plygonum cuspidatum, muscadine grape, purple carrot, european elderberry. Semua ni bukan senang nak dapat. Bukan boleh tanam kat semua tempat. Shaklee sangat titik beratkan bahan-bahan untuk buat produk diorang, jadi cuma yang tumbuh dan diproses secara semulajadi je yang dipilih untuk buat produk Shaklee.

Selain tu, anggur muscadine tu dan resveratrol menghasilkan ramuan yang 10 kali ganda lebih baik daripada resveratrol semata-mata dalam melambatkan penuaan selular.

Jom belajar macam mana Vivix melambatkan penuaan selular. Penuaan selular ni maksudnya penuaan sel dalam badan kita. Sel otak, set perut, sel paru-paru, sel kaki tangan jantung semua sekali. Bukan setakat muka je nampak muda, tapi seluruh badan luar dalam semua jadi muda. Ini bezanya Vivix Shaklee. Sebab tu Shaklee patentkan untuk lindungi formula Vivix.

4 Mekanisme Penuaan Pada Tahap Selular

1. Kerosakan DNA
Setiap hari sel dalam badan kita ni diserang oleh hampir sejuta serangan yang merosakkan DNA. Serang-serangan ni akan merosakkan pangkalan data genetik, menghasilkan saty "typo" (kesilapan daripada yang asal) yang akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan Vivix melindungi dan memperbaiki selular DNA.

2. Pengawalan Genetik
Pengawalan genetik menyumbang kepada deteriorasi (kemerosotan) umur pada tahap selular.  Dalam satu penemuan utama, ujian klinikal terbaru menunjukkan ramuan Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan tahap selular.

3. Pengeluaran Tenaga yang Kian Menurun oleh Sel-sel
Mitokondria (penjana tenaga) di dalam sel menghasilkan tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan mitokondria menurun, fungsi sel turut menurun. Ramuan Vivix menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

4. Penimbunan Protein AGE
Penimbunan berlebihan protein AGE (advanced glycation end products) boleh menyebabkan kerosakan tahap seluar yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Ramuan Vivix adalah 10x lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

Sebab tulah Vivix Shaklee berbeza daripada produk antipenuaan lain yang ada kat pasaran. Sebab Vivix melambatkan penuaan sel. Bukan muka je yang nampak muda. Tapi seluruh tubuh jadi muda.

Selain amalkan suplemen, kita ni perlu jaga makanan dan bersenam. Senaman ringan 20-30 minit sekali, seminggu 3 kali dah cukup. Makan pula pilihlah makanan yang seimbang, yang lebih sihat. Bukan makanan proses. Bukan juga yang overcooked.

Apa pun promosi bulan ni beli 2 botol VIVIX dapat (1) diskaun 5%, (2) free membership Shaklee setahun, (3) pulangan wang tunai minimum RM30, (4) free postage ke seluruh Malaysia, Sabah dan Sarawak. Lebih penting dapat manfaat kesihatan yang berpanjangan.

PM/WhatsApp/Telegram rehan ye untuk order dan konsultasi.


Promosi Januari 2017: VIVIX dan Vita-Lea for Children.

Assalamualaikum.


Alhamdulillah bulan ini promosi VIVIX - produk terbaik Shaklee yg dipaten. VIVIX sangat tinggi antioksida, sesuai utk mencegah masalah kesihatan yg serius seperti diabetis, strok, kanser dll.

Juga sesuai utk awet muda sehingga 25 tahun lebih muda (bukan wajah semata-mata tp seluruh tubuh dan fungsi organ dalaman  juga).

Cara kerja VIVIX ialah dgn membaikpulih DNA sel badan supaya kembali ke fungsi asal. Seperti tubuh ketika remaja.

Jika berminat boleh order drp kami. Utk makluman, kami tak simpan ready stock Vivix. Jadi boleh order lebih awal supaya kami dpt sediakan lebih awal juga.

Juga promosi bulan ini: Vitalea Kids Beli 3 percuma 1.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...