"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Dating Dengan Suami.

Assalamualaikum.

Semalam seronok sangat. Rehan keluar dating dengan zauj Qusyairi. Haha. Ingat senang ke nak keluar dating dengan beliau?

Memandangkan kami ni kawin cuma lepas 7 bulan kenal, kemudian dapat anak lepas setahun beberapa bulan berkahwin, jadi tempoh berdating kami ni pun sebenarnya adalah dalam setahun-dua je.

Bunyinya macam lama kan. Dating dua tahun.

To be honest pada rehan tak lama pun tempoh 2 tahun tu. Sebab sebelum kahwin bukan senang nak keluar dating. Mula-mula tu sempat keluar makan malam je, sebab rehan pun balik kerja pukul 7 (rajin sangatkan, stay extra hour kat office siapkan kerja hahah). Sebelum ayah rehan kenal zauj Qusyairi pun, rehan tak sedap hati nak keluar selalu dengan beliau. Jadi rehan cepat-cepat kenalkan zauj Qusyairi kat ayah.

Bila ayah dah kenal beliau, dating dah bukan dating lagi. Sebab masa tu dah rancang nak kahwin. Dating pun pergi cari baju kahwin, kasut kahwin. Beli barang kahwin. Macam tu jela kami dating. Kebetulan pula rehan pilih andaman kat JB, dating tu berkejar-kejar balik kerja jam 5 terus shoot ke JB nak fitting baju. Lepas fitting, makan kat sebelah kedai pengantin tu, pastu balik rumah dalam jam 10-11 sampai rumah tidur. Letih betul haha. Berkali-kali itu jela rutin kami.

Hujung minggu kumpul barang-barang hantaran sikit-sikit, maklumlah orang takde mak ni banyak kena uruskan sendiri. Cari bunga-bunga sendiri, reben-reben pun beli sendiri. Alhamdulillah kakak rehan nak tolong gubah. Kalau rehan gubah confirm tak lawa. Haha.

Lepas kahwin pula sibuk kerja. Sempat honeymoon pun sambil kerja. Honeymoon ke Sabah dari KK-Sandakan-Lahad Datu-Tawau-Mabul sambil zauj Qusyairi ada lawatan ke sana. Selain tu, hujung minggu banyak bengkel dan kursus. Kalau bukan rehan yang kerja, zauj Qusyairi kerja. Bila ada masa lapang sikit, balik kampung.

Kemudian Kautsar dan Arfa lahir. Memang tak ada masa berdua. Rehan ni walaupun tinggal di kampung rehan, tapi kakak abang ayah semua kat tempat lain. Anak-anak rehan pun tak berapa nak tinggal dengan pengasuh. Diorang ok je duduk rumah pengasuh tapi rehan sendiri yang kalau boleh je mesti ambil dan bawa balik rumah hehe. Kalau rehan cuti, memang takkan hantar anak ke pengasuh. Kalau balik kerja awal pun terus ambil anak dari pengasuh. Segan susahkan pengasuh tu jaga anak kita lama-lama.

Semalam zauj Qusyairi ambil cuti semata-mata nak teman rehan jalan-jalan cari hadiah birthday Arfa. Sekejap je dah nam masuk 2 tahun baby ibu. Penat juga la semalam, singgah banyak tempat. Rasanya sejak sekian lama, ni pertama kali kami dapat makan berdua santai-santai, dengan tenang dan aman. Haha. Sejak rehan bekerja dari rumah, selalu juga kami keluar makan tengahari berdua. Tapi terkejar-kejar sebab zauj rehat sejam je.

Rehan takde gambar boleh share sini. Rehan ni bukan jenis yang suka ambil gambar hehe. Jadi korang bayangkan jela muka rehan dengan zauj Qusyairi tengah dating semalam ye haha.

Ps: balik dating, mama cat rehan bersalin pulak. Dapat cucu 2 ekor hitam-hitam. Hihi. Alhamdulillah rehan suka tengok mama cat bersalin cepat dan mudah.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...