"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Fungsi Antioksidan Lawan Radikal Bebas.

Assalamualaikum.

Semalam rehan dah cerita pasal radikal bebas kan. Harapnya ramai dah faham apa tu radikal bebas. Rehan recap sikit, radikal bebas tu sifatnya suka mencuri elektron daripada unsur dalam tubuh. Sel yang kehilangan elektron akibat dicuri oleh radikal bebas akan mengalami kerosakan / kecacatan struktur atau / dan maklumat genetik dalam DNA. Kerosakan ni menyebabkan tubuh tak berfungsi dengan betul, lalu berlaku komplikasi seperti sel membiak dengan sangat cepat menyebabkan kanser atau tumor atau pengumpulan kolestrol jahat dalam salur darah dll.

*Perangai lama sebangai pengajar susah nak buang. Kalau nak masuk bab baru mesti nak recap bab lepas dulu. Hihi.*

Ok jadi hari ni kita nak belajar pasal antioksidan pulak. Antioksidan ni sifatnya suka menderma elektron. Jadi antioksidan ni kalau jumpa radikal bebas yang suka curi elektron tu, antioksidan akan dermakan elektron kat radikal bebas. Jadi radikal bebas tak perlu curi elektron sel tubuh kita. Tak berlakulah kerosakan pada sel dan genetik kita.


Tiga jenis antioksidan utama ialah beta-karotena, vitamin C dan vitamin E. TIga-tiga vitamin ini boleh ditemui dalam pelbagai jenis buah-buahan terutamanya yang berwarna ungu, biru, merah, oren dan kuning. Berikut adalah contoh sayuran dan buah-buahan yang mengandungi tiga antioksidan ini.

Beta-carotene and other carotenoids: apricots, asparagus, beets, broccoli, cantaloupe, carrots, corn, green peppers, kale, mangoes, turnip and collard greens, nectarines, peaches, pink grapefruit, pumpkin, squash, spinach, sweet potato, tangerines, tomatoes, and watermelon 
Vitamin C: berries, broccoli, Brussels sprouts, cantaloupe, cauliflower, grapefruit, honeydew, kale, kiwi, mango, nectarine, orange, papaya, snow peas, sweet potato, strawberries, tomatoes, and red, green, or yellow peppers 
Vitamin E: broccoli (boiled), avocado, chard, mustard and turnip greens, mangoes, nuts, papaya, pumpkin, red peppers, spinach (boiled), and sunflower seeds
Salah satu kesan akibat serangan radikal bebas dalam tubuh ialah penuaan awal. Dengan pengambilan antioksidan yang mencukupi, kita dapat melawan serangan radikal bebas, sekaligus mengawal proses penuaan kita. Sebab itu antioksidan sering digelar sebagai vitamin awet muda.

Lagi kebaikan antioksidan yang penting untuk tubuh kita:

  • Perbaiki molekul yang rosak: sesetengah jenis antioksidan boleh memperbaiki molekul yang rosak dalam tubuh dengan mendermakn atom hidrogen kepada sel tersebut. Proses ni penting sekiranya molekul yang terjejas adalah molekul penting seperti DNA.
  • Menghalang penghasilan radikal logam: sesetengah antioksidan mempunyai sifat unik iaitu mampu "memegang" molekul logam berat seperti arsenik dan merkuri dan menghalang berlakunya tindakbalas kimia antara logam tersebut. Antioksidan itu juga membantu menyingkirkan logam berat melalui air kencing.
  • Merangsang penghasilan antioksidan endogenus dan genetik 
  • Sebagai perisai kepada DNA untuk mengelak daripada serangan radikal bebas
  • Menghasilkan bahan kimia anti kanser yang membantutkan pertumbuhan sel kanser dan menggalakkan sel kanser untuk memusnahkan dirinya sendiri.

Antara antioksidan yang patut diambil secara konsisten ialah vitamin C, vitamin E dan resveraterol.

Hah? Vitamin C dah biasa dengar. Vitamin E pun biasa dengar.
Tapi resveraterol tu apa?

InshaAllah next entri nanti rehan cerita pasal resveraterol pulak.
Rehan nak minum 1 sudu kecil VIVIX dulu, lepas tu rehan nak tidur.

Selamat malam :)
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...