"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Mama Cat dan Bayi-bayinya.

Assalamualaikum.

Minggu lepas rehan dan mama cat dah mencapai satu tanda aras baru. Ewah. Alkisahnya begini:

Hari rabu lepas masa rehan duduk rumah seorang diri sambil senyum-senyum sebab baru balik dating dengan zauj Qusyairi (eh, tak relevan?), tiba-tiba mama cat bising-bising dalam rumah rehan. Cerita latar belakang sikit, mama cat ni sebenarnya bukan kucing rehan pun. Tapi mama cat ni dah lama duduk kat jalan rumah rehan ni dengan kucing-kucing lain. Biasanya student yang duduk area sini suka bagi makan kat kucing-kucing ni, jadi memang banyak kucing kat sini.

Entah macam mana, mama cat ni pilih rumah rehan jadi markas dia. Jadi sebab mama cat selalu datang, rehan pun selalu la bagi makan kat dia. Beberapa bulan sebelum ni mama cat bersalin dapat dua anak. Dia bersalin kat rumah mana rehan pun tak pasti. Yang pasti dalam sebulan lepas bersalin, anak-anaknya dipindahkan ke rumah rehan. Haha.

Anak-anak mama cat yang dua ekor tu rehan bela sampai la seekor mati kena langgar kereta (yang ni memang sedih sebab tu pertama kali rehan biar anak kucing main sendiri kat luar rumah), seekor lagi pindah rumah depan sebab arfa dengan kautsar asyik dukung je, dia rimah. Haha.

Ok balik ke cerita rabu lepas. Rehan pun tengok la kenapa mama cat ni bising-bising. Tapi daripada bunyi tu rehan tau mama cat nak bersalin dah sebenarnya. Disebabkan mama cat bukan la kucing rehan betul, jadi rehan taknak intervene dalam proses labour dia. Tau lah kucing kan, dia tak suka orang tengok anak-anak dia kecuali orang yang dia betul-betul percaya. Jadi rehan biar jela mama cat tu keluar masuk almari rehan, kais-kais kembur-kembur kain (bahagian bawah almari tu memang isi kain-kain lama jadi tak kisah kalau kotor pun).

Rehan baring atas katil masa tu tengah melayan bisnes rehan. Senang kan bisnes online, sambil baring-baring je berniaga hihi. Dipendekkan cerita, tiba-tiba rehan dengan bunyi anak kucing. Allahu, terharu pulak rasa dapat cucu. Haha. Cepat-cepat rehan telefon zauj Qusyairi, beliau pun balik kerja awal nak tengok cucu. Walaupun beliau bukan peminat kucing hihi.

Esoknya hari khamis kami ni dah rancang nak balik kampung zauj kat Perak. Rehan ni risau la nak tinggalkan mama cat baru sehari bersalin, dengan anak kecil-kecik lagi. Pulak tu masa rabu tu, tak sampai sejam mama cat bersalin dah ada beberapa kucing jantan berkumpul depan rumah rehan. Rehan risau la kalau kucing jantan serang anak kucing.

Tapi sebab kami nak balik kampung, jiran-jiran pun semua balik kampung sebab cuti panjang, jadi terpaksa jugalah tinggalkan mama cat. Mulanya zauj nak letak anak kucing kat luar rumah. Tapi dengan ilmu memujuk yang rehan ada, rehan berjaya pujuk zauj benarkan mama cat dan bayi-bayinya duduk dalam rumah. Pintu rumah dibuka sikit supaya mama cat boleh keluar makan kat rumah lain.

Bukan sehari dua tau kami balik. Tapi 4 hari! Risau juga apa khabar rumah tu pintu tak tutup rapat. Entah berapa banyak kucing dah bermastautin dalam rumah. Entah-entah dah jadi sarang rumah kami sepanjang kami cuti. Memang redha la kalau terpaksa cuci satu rumah balik nanti.

Tapi bila sampai rumah, Alhamdulillah rumah kami masih sempurna macam asal. Syukur yang amat bila masuk rumah hahah. Pandai mama cat jaga rumah. Tak ada seekor pun kucing luar yang masuk, tak ada bersepah, kotor, busuk. Semuanya elok hahaha. Lega sangat!

Jadi lepas ni inshaAllah tak risau nak tinggalkan mama cat kat rumah lagi. Sebelum rehan balik kampung, rehan kira ada 2 anak kucing warna hitam. Balik dari kampung, tiba-tiba tengok ada 3 ekor anak kucing pula. Seekor lagi warna putih. Elok kami sampai rumah, mama cat terus pindahkan anak-anaknya ke bawah meja bisnes rehan. Terkantoi mama cat angkat baby pindah tu, kautsar dan arfa nampak. Susah payah rehan dan zauj rahsiakan daripada anak-anak berita baby cat dah lahir, sebab taknak diorang kacau mama cat. Aduhai haha.

Panjang lebar ni cerita pasal mama cat. Tapi sorry la gambar tak ada. Tak ready lagi nak ambil gambar baby dalam pantang hihi. InshaAllah nanti dah besar sikit rehan share gambar bebudak montel tu.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...