"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Faedah Jadi Ahli Shaklee.

Assalamualaikum.

Sempena promosi daftar ahli Shaklee bulan ni, rehan nak cerita sikit kenapa best jadi ahli shaklee (bagi yang tak berniaga). Jom baca!



1. Nikmati harga ahli: Diskaun 15-20% berbanding harga pasaran.
Sebagai ahli Shaklee, anda layak membeli pada harga ahli. Istimewanya harga ahli, setiap item lebih murah berbanding harga pasaran. Berapa banyak murah tu? Harga ahli lebih murah sebanyak RM10-RM100 lebih bagi setiap produk suplemen. WOW!



2. Bonus peribadi 5-21% dalam bentuk wang tunai
Betul, tak berniaga pun anda tetap layak dapat bonus peribadi dalam bentuk wang tunai. Sebab tu masa mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda wajib bagi nombor akaun bank anda. Sekiranya anda layak dapat bonus tunai ni, ia akan dikreditkan terus ke akaun bank anda oleh Shaklee. Kat penyata bank akan tulis dikreditkan oleh Shaklee. Tanpa melalui upline atau pihak ketiga.



3. Promosi bulanan istimewa dari Shaklee
Promosi bulanan Shaklee terhad kepada ahli sah Shaklee sahaja. Contoh promosi bulanan Shaklee bulan ni: Purchase with Purchase Shaker Eksklusif Shaklee dengan 100UV pembelian. Harga pasaran shaker ni RM33 tau, tapi dengan promosi PWP ni, harganya cuma RM19.08 sahaja. Amboi, jimat lagi.



4. Peluang hadiri seminar dan ceramah kesihatan percuma dari Shaklee
Shaklee sering adakan seminar dan ceramah kesihatan percuma berdekatan anda. Betul tu, berdekatan anda. Tak perlu ke branch, tak perlu ke Home Office di Kuala Lumpur. Rehan hadir ceramah kesihatan lelaki, diabetis dan tekanan darah tinggi di sebuah hotel berhampiran rumah rehan. Bukan SID tau yang bagi ceramah, tapi Nutritionist Shaklee sendiri yang hadir untuk sampaikan ilmu tepat dan benar tentang suplemen dan kesihatan.



5. Peluang jalani pemeriksaan kesihatan percuma dari Shaklee
Tau tak berapa caj untuk lakukan pemeriksaan kesihatan? Sekurang-kurangnya RM10 untuk buat ujian kolestrol. Tapi Shaklee sering kali adakan pemeriksaan kesihatan percuma di cawangan-cawangan dan Home Office Shaklee. Antara pemeriksaan yang boleh dilakukan: membaca tekanan darah, gula dalam darah, BMI, body age, lemak di tangan dan kaki, lemak visceral. Pemeriksaan dilakukan oleh Nutritionist ye, bukan SID biasa.



6. Tambah ilmu kesihatan dan nutrisi melalui kelas, seminar dan bengkel Shaklee
Yang ni lagi special. Kelas nutrisi Shaklee terhad kepada ahli Shaklee sahaja. Tempat pun terhad. Kelas nutrisi ni dibuat untuk memberi kefahaman tentang suplemen Shaklee, perbandingannya dengan jenama lain, serta bagaimana suplemen berfungsi menaik taraf kesihatan kita. Bukan saja dalam bentuk kelas, ada juga seminar dan bengkel yang spesifik, penuh pengisian.



7. Peluang jana pendapatan melalui pelan bisnes Shaklee
Tiada paksaan. Bila-bila masa anda rasa nak mulakan bisnes Shaklee boleh terus mulakan setelah dafar sebagai ahli. Tak ada syarat daftar lain untuk jadi SID aktif macam rehan. Peluang income dengan Shaklee tak terhad. Banyak yang anda usahakan, banyak la yang anda dapat.



8. Konsultasi produk dan kesihatan secara online dan offline
Dan ini benefit yang paling penting menurut rehan. Sebab bila anda mendaftar sebagai ahli Shaklee, SID yang daftarkan anda tu (kita panggil upline) bertanggungjawab untuk guide anda cara makan suplemen, pantang larang, jumlah dos dan suplemen terbaik untuk masalah anda. Sebab tu sangat penting anda pilih untuk daftar dengan SID aktif macam rehan, iaitu SID yang menuntut ilmu untuk aktif dalam bisnes Shaklee. SID yang pergi ke kelas, belajar tentang nutrisi dan kesihatan, faham macam mana suplemen Shaklee berfungsi serta mahir dengan sistem yang diamalkan dalam syarikat Shaklee.

Bukan main taram daftar dengan kawan ke, saudara mara ke, makcik sepupu sepapat. Lepas tu kelam kabut cari SID aktif untuk dapatkan nasihat. Tolong jangan zalimi kami yang cari rezeki melalui bisnes Shaklee ye. Sebab kasihan kami pun layankan anda, tapi sesen pun kami tak dapat keuntungan daripada konsultasi dengan anda. Kasihani kami jugak, kami pun ada bil nak bayar huhu.

Ok itu je hari ni. Fikir masak-masak, berbaloi kan jadi ahli Shaklee. Jom daftar dengan rehan hari ni. Promosi bulan ni PWP Shaker Eksklusif dengan 100uv pembelian. Rehan guide sampai jadi inshaAllah.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...