"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Beza B-Complex Shaklee Dengan Suplemen Klinik Kesihatan (KK).

Assalamualaikum.

Ramai benar yang tanya apa beza makan Shaklee dengan suplemen KK. Ni soalan lazim ibu-ibu yang tengah survey Set Hamil Shaklee la ni. Kerap sangat rehan dapat soalan ni, jadi hari ni rehan nak merungkai misteri di sebalik perbezaan B-Complex Shaklee dan suplemen Klinik Kesihatan (KK). Ewah.

Mula-mula sekali kena tau apa suplemen yang KK bagi kepada ibu hamil. Biasanya ibu-ibu dapat 3-4 jenis suplemen: B-complex, Asid Folik, Iron Tablet, lagi satu rehan pun tak ingat apa (ampun!). Ok abaikan dulu iron tablet tu ye, hari ni kita cerita pasal B-Complex dan Asid Folik je.

Bagi ibu yang merancang hamil atau sedang hamil, sangat penting ambil dua-dua suplemen tersebut; B-Complex dan Asid Folik. Kedua-duanya dalah suplemen yang berbeza dan mempunyai fungsi berbeza.


ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

  • Asid folik, atau folate, adalah satu komponen vitamin B yang dikenali sebagai B9
  • Membantu mencegah kecacatan neural tiub (neural tube defects, NTDs), iaitu kecacatan saraf tunjang yang serius (contohnya spina bifida) atau kecacatan otak (contohnya anencephaly) yang berlaku semasa kelahiran. Tiub neural adalah bahagian embrio tempat otak dan saraf tunjang bayi berkembang ketika dalam rahim.
  • Terdapat kajian yang menyatakan asid folik membantu mencegah bibir dan langit-langit sumbing serta kecacatan jantung tertentu.
  • Mengurangkan risiko preeclampsia, iaitu sejenis penyakit tekanan darah yang dialami oleh 5% ibu hamil.
  • Membantu penghasilan sel darah merah yang normal dan mencegah anemia.
  • Dicadangkan pengambilan sebanyak 200mcg sehari, sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil
Image result for neural tube defects
Jenis-jenis kecacatan tiub neural

[Sumber]


B-COMPLEX

  • Nutrisi penting sepanjang hamil terutamanya B6, B9, B12 kerana ia membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural, selain melegakan simptom-simptom hamil.
  • Vitamin B1, Thiamine, berperanan penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Vitamin B2, Riboflavin, bantu perkembangan penglihatan dan kulit bayi, selain pertumbuhan tulang, otot dan saraf.
  • Vitamin B3, Niacin, penting untuk perkembangan otak bayi, mengekalkan kesihatan sistem nervosa, mukus membran dan kulit, membantu penghadaman, mengurangkan loya dan sakit kepala akibat migrain.
  • Vitamin B5, Pantothenic Acid, bantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat, mengelakkan kejang, bantu pelepasan hormon yang melegakan stress.
  • Vitamin B6, Pyridoxin, bantu tambah berat bayi, penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi, mengekalkan paras gula yang sihat, mengurangkan simptom hamil.
  • Vitamin B7, Biotin, bantu kawal keguguran rambut, kuku rapuh dan ruam kulit, juga penting bagi perkembangan bayi ketika fasa embrio.
  • Vitamin B9, Folic Acid, seperti yang dah dibincangkan di perenggan terdahulu.
  • Vitamin B12, Cobalamin, penting untuk perkembangan tiub neural, otak dan tulang belakang bayi, bantu hasilkan sel darah merah dan sistesis DNA, menambah baik mood, tenaga dan kawal stress

[Sumber]


BEZA B-COMPLEX SHAKLEE DAN SUPLEMEN KK

Bezanya B-Complex Shaklee mengandungi kesemua komponen vitamin B macam yang tersenarai di atas, termasuklah asid folik. Kalau B-Complex yang KK bagi, wallahualam, rehan pun tak pasti sebab last rehan tengok vitamin tu tahun 2013 dulu. Yang pasti, vitamin klinik kesihatan tak ada B9 iaitu asid folik, sebab tu klinik bagi tablet asid folik untuk diambil berasingan. Ingat tak pil kuning kecil molek, tu tablet asid folik la tu.


BERAPA HARGA B-COMPLEX SHAKLEE?

Alahai mampu milik sangat. Sebotol B-Complex Shaklee cuma RM58.75 sahaja untuk 120 tablet. Sebotol ni tahan 4 bulan tau, jadi sebulan kosnya cuma RM14.69 sehaja. Aduh apasal murah sangat ni? Teknologi daripada US hasil berpuluh tahun kajian, tapi tak sampai RM15 sebulan.

Eh, boleh dapat murah lagi tau! Caranya, daftar ahli Shaklee dengan modal RM79.50, boleh beli B-Complex pada harga ahli. Cuma RM47 sahaja sebotol. Menangisss harga murah sangat ni!

Siapa yang nak B-Complex boleh dapatkan daripada rehan, inshaAllah rehan akan bantu guide cara makan yang betul dan berkesan.


Kelebihan Ciri Sustained Release Pada Vita C Shaklee.

Assalamualaikum.

Rehan selalu dapat soalan, apa beza SR Vita C Shaklee berbanding jenama lain? Jawapan rehan senang je: Vita C Shaklee ada ciri sustained release / pelepasan perlahan.

Biasanya orang akan tanya lagi: Sustained release / pelepasan perlahan tu apa?

Kat sini rehan kena jelaskan dari segi biologi pulak. Tubuh manusia dah dikaji cuma mampu terima 100-200mg vitamin c je dalam masa 1 jam. Kalau dalam 1 jam tu kita makan lebih daripada 200mg vitamin c, yang lebih tu akan dibuang melalui air kencing. Sebabnya badan manusia tak mampu hasilkan atau simpan vitamin c yang berlebihan tu.

Jadi kalau kita makan vitamin C 1000mg tanpa ciri sustained release / pelepasan perlahan, cuma 100-200mg vitamin c je yg badan serap. Baki 800-900mg pergi ke air kencing. Mahal air kencing kau!

Dengan ciri sustained release / pelepasan perlahan, sebanyak 100mg vitamin c akan dilepaskan ke dalam badan setiap sejam selama 5 jam. Jadi tak ada yang terbazir pergi ke air kencing.


Bijak tak?

Kalau bijak, jom dapatkan SR Vita C Shaklee drp rehan. Sebotol cuma RM103.35 sahaja, ada 180 biji tahan 3-6 bulan. Mahal ke? Sehari cuma 57 sen je. Sebulan baru RM17.22 tau.

Nak lagi jimat, daftar sebagai ahli dan boleh beli pada harga ahli, iaitu RM82.68 sahaja. Haa yg ni memang jimat sangat-sangat ni. Secari cuma 46 sen, sebulan cuma RM13.78 sen je. Cuma cakap vitamin C jenama apa yang berkualiti dan mampu milik setanding Shaklee?


VIVIX untuk Kencing Manis dan Kolestrol Tinggi.

Sharing daripada sahabat bisnes rehan, Imma.

No automatic alt text available.


Pagi semalam, mok Imma gi Hospital Kubang Kerian.

Nak ambil result darah. Hari tu dah pergi untuk ambik darah. Biasalah hospital kerajaan ambil masa sikit nak tau result darah kan.. Kene tunggu tarikh berikutnya baru boleh dapat tahu result.

Bila mok update result kat whatsapp group, 1 family happy dan bersyukur sangat. Sebab mok kata, bacaan kencing manis dah turun kepada 5.1!

Imma ingat lagi, 2 bulan lepas, Imma balik kampung. Masa tu ibu jari kaki mok luka dan bernanah. Risau sangat, sebab bernanah dan keluar air bisa. Bawa mok pergi klinik, doktor cek kencing manis mok 14. Doktor kata, at least nak 8 sebab mok memang dah lama menghidap kencing manis.. so doktor macam tak konfiden nak target turun banyak, tu yang doktor kata at least 8.

Masa tu baru 2 botol vivix mok makan, Imma bagitau mok, teruskan je makan. Imma akan kirim vivix kat mok tiap bulan. Masuk bulan April, Imma kirim botol ke 3 kat mok.

Alhamdulillah. Tak sangka pulak semalam bacaan kencing manis mok turun banyak. 5.1.. syukur sangat sangat.

Pastu, mok kata kolestrol jahat pun turun jugak, daripada 8 kepada 4.

Syukur alhamdulillah. Hadiah untuk mok sempena Hari Ibu semalam.

Imma pesan kat mok, kalau consume vivix jangan tinggalkan ubat yang hospital bagi. Just makan macam biasa ubat hospital tu. Air kosong kene minum.

Syukur alhamdulillah.. happy sangat. Tq Allah, kerana izinkan semua ini berlaku.

Kalau ada kawan-kawan yang ada mak menghidap kencing manis, Imma sangat rekomen bagi mak korang consume vivix. Serius, Imma boleh katakan pelaburan yang sangat samgat berbaloi. Lagi pun, mak kita sendiri juga yang sihat.

Botol ke 4 vivix bakal menyusul dengan ikatan reben dan kotak berbalut cantik, istimewa untuk bonda tersayang.

Sayang mok.

=============================================
Berminat utk dapatkan VIVIX, sila hubungi rehan. 

Pembelian 2 botol VIVIX percuma:
- Membership Shaklee bernilai RM69.50
- Postage bernilai RM10.60
- Cash bonus bernilai RM36


Selamat Hari Mak.

Assalamualaikum.

8 tahun 9 hari lepas masa mak rehan sakit dan meninggalkan kami akhirnya, tak pernah mak rehan terbayang rehan hari ni di sini, dalam keadaan ini.

Mak rehan pergi dengan menyangka rehan, ketika tu menghadapi peperiksaan akhir semester kedua pengajian Sarjana Sains (Fizik), akan ikut jejak langkah mak, ayah, abang dan kakak rehan yang lain. Iaitu berkhidmat dalam bidang pengajian rehan. Sebetulnya mak rehan ketika tu fikir rehan akan jadi guru atau pensyarah fizik.

Kemudian mak rehan meninggal dunia.
Dan rehan tamatkan peperiksaan akhir semester itu berselang kenduri arwah, seterusnya satu semester dissertasi bersulam air mata. Waktu paling sukar dalam hidup rehan ketika tu, lebih setahun rehan menjauhkan diri dari kawan-kawan dan tak bercakap dengan sesiapa. Tahun itu 2009-2010. Waktu paling sukar dalam hidup rehan sebenar-benarnya.

Selama setahun tu rehan tak bekerja. Rehan cuma duduk rumah buang masa, melayan perasaan. Ayah beri rehan masa selama yang rehan perlu untuk bersedia dan bangkit semula. 

Setahun kemudian baru rehan bangkit.
Rehan cari kerja.

Mula-mula rehan kerja mengajar tuisyen seorang pelajar slow-learner dgn gaji RM400 sebulan. Lepas beberapa bulan bekerja, rehan berjaya mohon sebagai pensyarah sambilan di sebuah universiti awam. Selama 6 bulan rehan bekerja di situ sebagai pensyarah sambila dengan bayaran gaji mengikut jam kuliah dan tutorial. Alhamdulillah lepas 6 bulan bekerja, dengan sokongan Ketua Jabatan, rehan berjaya naik satu tahap iaitu menjadi pensyarah kontrak pula.

Lebih kurang 7-8 bulan bekerja, rehan berkenalan dengan then-not-yet-zauj Qusyairi. Dalam masa 5 minggu rehan decide nak kahwin dengan beliau. Bukan keputusan yang terburu-buru, tapi rehan tak suka buang masa bila dah putuskan sesuatu. Atas sebab tertentu kami hanya dapat bernikah lepas 7 bulan, tempoh waktu yang terasa sangat lama bagi rehan.

Menjelang hari perkahwinan kami, rehan terfikir dalam hati: Mak tentu tak sangka aku akan kahwin tahun ini. Sebab mak rehan tau rehan huha-huha tapi tak bercinta dengan lelaki. Ada juga kenal-kenal tapi mak tau rehan takkan bercinta kalau takkan dibawa mati. Jejaka-jejaka yang approach rehan sebelum tu, ada yang memang baik dan sesuai dijadikan suami. Tapi rehan terpaksa menolak sebab waktu tu kami masih belajar, belum masa untuk bernikah. Pada rehan kalau belum nak bernikah buat apa bercinta. Begitulah kaedahnya. Kami nikah Pada Mac 2012.

Rehan bertugas sebagai pensyarah kontrak selama 4 tahun. Kemudian rehan berhenti. Banyak sebab, banyak penyumbang kepada keputusan rehan untuk berhenti kerja. Nak diceritakan kat sini, rasanya terlalu banyak, nanti jadi drama bersiri pulak. Tapi salah satunya rehan nak cuba benda baru. Lalu rehan berhenti bekerja dan cuba meniaga. Sehinggalah hari ini, cukup 2 tahun rehan berhenti kerja. Setahun pertama rehan fokus membesarkan arfa yang lahir sebulan lepas rehan berhenti kerja. Setahun kedua rehan fokus berniaga sambil jaga arfa. Hujung tahun lepas, rehan ada rezeki sikit hantar arfa ke pengasuh, supaya arfa belajar berkawan dan rehan pun boleh berniaga waktu siangnya.

Sekali lagi hari ini, sempena hari ibu hari ni, rehan reflek diri rehan yang sekarang. Mak mesti tak sangka rehan di sini hari ini. Sebab mak rehan kenal rehan yang tomboy, yang kasar. Yang hatinya keras tak boleh diusik. Rehan yang mak kenal bukan rehan yang duduk rumah dan berkeluarga. Mak kenal rehan yang darah muda, yang jiwanya bebas,. Tak terikat dengan komitmen. Rehan buat apa yang rehan nak buat, itu saja.

Mak pasti tak sangka, rehan akan berkahwin pada umur 26 tahun. Rehan akan berkeluarga dan hari ini, beranak dua. Yang mak kenal, rehan tak suka bercinta. Taknak bercinta. Tak kisah tentang cinta. Rehan suka berkawan, dan kawan-kawan rehan perempuan semuanya. Ada kawan lelaki, tapi mak tau mereka sekadar kawan, takkan lebih dari itu.

Mak tentu bangga bila rehan berjaya dapat pekerjaan baik, jadi pendidik. Tapi saat rehan nak berhenti kerja, ada rehan terfikir: kalau mak masih ada, apa agaknya mak akan kata? Sebetulnya rehan tak fikir mak akan marah. Mak mungkin akan tanya betul ke rehan dah fikir habis baik. Itu saja. Mak ayah rehan bukan ibu bapa yang campur tangan dalam urusan anak-anaknya. Waktu kakak rehan menganggur setahun lepas graduasi, mak ayah cuma terlibat hantar dia interview merata tempat, ke Melaka, Perak, Kelantan. Tak pernah mak ayah cuba-cuba cari cable untuk tawarkan kerja kepada kakak rehan. Sedangkan kalau nak difikirkan besar juga cable yang mak ayah rehan ada: keluarga terdekat kami ketika itu ada yang menjawat jawatan besar.

Keputusan besar untuk berhenti kerja, rehan rasa mak akan terima saja walaupun mungkin ada sedikit ralat dalam hatinya. Keputusan rehan berniaga pula mesti mak suka. Dulu waktu kami kecil, mak selalu bawa kami ke Kelantan, Terengganu ketika cuti sekolah. Sambil bercuti, mak beli kain sutera untuk dijual bila balik ke Batu Pahat. Mungkin dari sini mengalir darah bisnes dalam diri rehan.

Dan hari ini kalau mak masih ada, tentu rehan jadi orang paling rapat dengan mak, sebab rehan seorang saja yang masih ada di Batu Pahat. Kalau mak taknak pindah ke rumah rehan sekalipun, tentu mak selalu berkunjung ke sini, sambil tengok baju-baju yang rehan jual (sebab mak suka baju!). Rehan rasa, rehan buat perkara betul dalam hidup walaupun nampak salah di mata orang lain. Yang penting rehan bahagia. Itu yang mak akan fikirkan, adakah anak dia bahagia.

Sempena hari ibu hari ni, rehan tak ada apa ucapan pun untuk mak. Sebab mak pun dah tak ada. Tak perlu pun rehan kongsi di sini apa yang rehan rasa, yang rehan mau katakan pada mak sekiranya mak masih ada. Sebab perkara tu terlalu peribadi rasanya.

Tak ada juga gambar mak untuk rehan kongsi kat sini. Cukuplah rehan simpan dalam hati *hugs*

Skincare NutriWhite Shaklee Tahan Berapa Lama?

Assalamualaikum.

Ramai juga yang was-was nak beli skincare NutriWhite Shaklee sebab harganya lebih tinggi berbanding skincare lain di farmasi. Berbaloi ke? Mahal sangat ke?

Sebenarnya rehan sendiri pernah guna Gentle Deep Foaming Cleanser, Gentle Action Make Up Remover dan Daidl Deffence Essence NutriWhite. Yelah, macam mana rehan nak jual kalau rehan sendiri tak pernah guna, betul tak? Jadi rehan dah pernah beli sekali.



Sekali je. Kenapa rehan tak repeat?

Sebab macam mana nak repeat, rehan beli sekali tu pakai tak habis-habis pun tau! Tahan lama sangat. Satu tiub cleanser tu 150 gram, tapi setiap kali cuci cuma guna setitik je. Dah tu bila nak habisnya? Hihi.

Make Up Remover pulak, rehan tak guna hari-hari sebab rehan kan duduk rumah je. Manalah nak bermekap. Rehan pakai make up remover tu sebagai pengganti scrub je. Seminggu dalam 2-4 kali rehan pakai. Ni pun masih banyak lagi. Satu tiub 150 gram juga, sekali pakai rehan tuang sebesar kacang tanah je.

Pada hemat rehan, Set NutriWhite ni boleh tahan hampir setahun kalau rehan pakai seorang. Bergantung pada penggunaan masing-masing. Tapi kan, ada seorang rakan bisnes ni, dia lagi extreme daripada rehan. Katanya, cleanser dan makeup remover beliau tahan 2 tahun! WOW!


Memang best pakai Set NutriWhite Shaklee. Kulit rehan yang super sensitif ni serasi sangat. Tak kering, tak berminyak. Moist je. Lepas cuci tak rasa tegang pun berbanding guna pencuci biasa yang rehan guna selama ni. Kalau pakai makeup remover pulak, ya ampun licin lembut gila kulit muka lepas cuci. Boleh rasa sel kulit mati yang kasar-kasar tu tanggal.

Nak dapatkan produk NutriWhite Shaklee jangan segan hubungi rehan ye. InshaAllah rehan boleh bantu anda dapatkan kulit wajah sihat.


Asid Folik vs Folate

Assalamualaikum.

Hari ni ada topik best dalam support group Shaklee yang rehan join. Jadi rehan nak share kat sini la. Sebab benda ni ramai yang tak tau. 

Asalnya ada seorang rakan bisnes yg bertanya soalan ni:


Atas nasihat master kami, beliau dapatkan penjelasan drp Nutritionist Shaklee, Celine.
Jom baca apa jawapan Celine.

"Yes our folic acid is in the form of folate, extracted naturally from corn. On top of that, our B-Complex and Vita-Lea has the Bio-activated Absorption System to help you absorb the folate effectively, so you don't have to worry about the bioavailability of the products."

Ye, folik asid kami adalah dalam bentuk folat, diekstrak secara semulajadi dari jagung. Lebih dari itu, B-Complex dan Vita-Lea kami mempunyai Sistem Penyerapan yang diaktifkan secara bio untuk bantu anda menyerap folat secara berkesan, jadi anda tak perlu risau tentang kebolehan produk tersebut secara biologi.

(Moga-moga tepat apa yang rehan translate hihih)

Kenapa penting bezakan asid folik dengan folate?

Sebab untuk mendapatkan manfaatnya, asid folik perlu ditukar kepada bentuk folate dulu oleh badan. Kalau badan tak mampu tukarkan asid folik kepada folate, maka akan berlaku pengumpulan asid folik dalam badan dan boleh jadi sangat bahaya.

Tapi sebenarnya ramai orang yang ada masalah untuk tukarkan asid folik kepada folate. Keadaan ni kita panggil sebagai MTHFR mutation. Enzim MTHFR berperanan menukar asid folik kepada folate. Orang yang mengalami MTHFR mutation, enzim PTHFR dalam tubuh mereka tak berfungsi seperti yang sepatutnya. Jadi badan mereka gagal tukarkan asid folik kepada folate secara semulajadi.

Nak tahu sama ada badan kita ni ada masalah MTHFR mutation atau tak, boleh buat ujian dengan anggaran kos sekitar RM3000. Jadi nak selamat, ambil la B-Complex dan Vita-Lea Shaklee sebab zatnya dah memang dalam bentuk folate. Badan tak perlu tukar-tukarkan lagi. Terus boleh serap dan dapat manfaat folate tersebut.

Antara masalah yang sering dihadapi orang yang mengalami MTHFR mutation ialah sering keguguran, masalah anemia yang teruk sebab tak dapat hasilkan sel darah merah.


Nak dapatkan B-Complex dan Vita-Lea, boleh hubungi rehan ye. Rehan boleh hantar ke seluruh Malaysia, luar negara pun boleh inshaAllah.


Kisah Kami: Jangan Bilang Tidak ke Melaka.

Assalamualaikum.

Hari sabtu lepas zauj Qusyairi ada kerja sikit kat Melaka. Jadi macam biasa kami sekeluarga beramai-ramai la ke Melaka. Biasalah family kami, jarang berpisah. Sentiasa melekat hihih.

Semalam pagi urusan zauj dah selesai, jam 10 pagi kami dah melahu taktau nak ke mana. Mula-mula tu bawa anak-anak pusing-pusing kat sekitar Banda Hilir je. Masuk muzium kapal, itu pun sipi-sipi kautsar taknak masuk sebab takut. Hahaha.

Tapi cuaca panas sangat la, jadi tak sampai sejam kat Banda Hilir kami terpaksa la cari tempat lain nak habiskan masa. Kalau terus stay kat Banda Hilir bukan anak-anak je, rasanya mak pak pun boleh demam.

Kul 11 pagi kami dah terpacak depan AEON Bandar Melaka. Sebab masih awal, taktau nak buat apa, jadi kami bawa anak-anak main kat Kidzoona. Dah lama anak-anak tak main kat situ. Selalunya kami bawa pergi taman rekreasi atau taman permainan je. Masa sampai kat AEON kakak Kautsar tanya: Sini ada taman ke ibu? Haha, gelak kami dengar.

Tudia bangga betul tuan kedai diri depan kedai dia. 4 jam main benda ni je. Kira duit, tekan mesin kira. Macam ibu niaga kat rumah agaknya dia rasa. Hihi.

Ingatkan sejam dua anak-anak bosan la kot. Boleh la pergi makan. Sekali tudia, diorang bantai main 4 jam tak berhenti. Nasib baik masing-masing pandai main sendiri, takde sibuk suruh ibu abah main sekali. Kami suami-isteri tunggu sampai tersengguk-sengguk nak tertidur, dengan perut lapar lagi.

Jam 3 petang Arfa dah tak boleh senyum. Lapar agaknya. Rehan ajak makan, dia nak. Masa tu pujuk Kautsar Alhamdulillah Kautsar nak keluar juga. Dapat la kami makan tengahari isi perut jam 3 petang tu. Haha.

Mulanya ingat nak sambung main semula kat Kidzoona. Sekali lepas makan tengok dua-dua dah semacam je layu. Mana tak, Arfa makan satu mangkuk penuh nasi. Kautsar makan 1 mangkuk penuh mee sup. Dah penat main, dah kenyang apa lagi. Nak tidur la tu.

Jadi kami pun terus gerak balik Batu Pahat. Plan asal nak mandi kat Jasin Histpring la, nak makan makan kat Sabak Awor la semua kansel. Mana taknya, masuk je kereta anak-anak terus lelap tak berbunyi. Penat sangat agaknya. Dalam kereta tiba-tiba zauj request pasang lagu Jangan Bilang Tidak.

Rehan cakap kat zauj, apa barang pasang youtube, rehan boleh nyanyi. Kahkah. Guruh petir menyambar bila rehan start nyanyi lagu tu. Lepas tu baru rehan sedar rupanya rehan dah tak ingat lirik lagu tu lagi, yela, dulu zaman rehan suka lagu tu rehan masih buat degree kat UTM lagi. Ada la dalam 10 tahun lepas hahaha.

Pastu baru la terkial-kial cari lirik lagu. Bila rehan baca, rasa lagu Jangan Bilang Tidak tu iras-iras cerita kami masa mula-mula kenal dulu. Kenal sekejap terus kawan dan seterusnya kawin. Rehan dulu jenis taknak berkawan dengan lelaki, tak minat nak berboifren. Dan zauj yg patah hati masa tu. Kasihan hihi.

Okla, anak-anak pun tidur. Lagu pun romentik. So mood perjalanan balik ke rumah tu romentik je. Berhenti kat R&R zauj belikan rehan aiskrim, dah macam drama tv rasa bercinta balik semula. Kahkah.

Baru nak suap aiskrim, arfa pun bangun tidur mintak peluk. Terpaksa la meriba dia. Pastu nampak aiskrim, arfa pun minta aiskrim, mintak roti. Dah kenyang Arfa pun tidur balik. Saja je Arfa ni tau. Tak jadi ibu abah nak romentik. Kikiki.

Macam biasa abah suka tangkap gambar. Nak cari gambar rehan kena buka fon Abah. Fon rehan confirm takde gambar sendiri hihi. Masa ni dah taktau  nak buat apa kat Kidzoona tu. Melahu je berdua sementara Arfa dan Kautsar sibuk jual burger dan sayur.

Boleh Ke Kanak-kanak Minum ESP?

Assalamualaikum.

Hari ni rehan nak jawab soalan; Boleh ke anak kecil saya minum ESP?

Kanak-kanak boleh consume esp tak? Jika boleh berapa sukatan yang sesuai untuk kanak-kanak?

Tidak disyorkan kepada bayi dibawah 1 tahun. Namun, mengikut kata pakar nutrisi shaklee BOLEH beri ESP kepada kanak-kanak seawal umur 2 tahun. Ini adalah berdasarkan jadual pengambilan protein bagi kanak-kanak.


Berdasarkan jadual diatas, kanak-kanak perlukan 17g protein setiap hari. Jadi, kanak-kanak boleh minum esp shaklee sebab 1 hidangan ESP shaklee (3 sudu besar) bersamaan dengan 14g protein sahaja.

Namun begitu, ibu-ibu disarankan untuk membekalkan supplemen tambahan yang lebih sesuai untuk anak-anak iaitu Mealshake, Omega Guard, Chewable Vita C, Lecithin.

Harap bermanfaat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...