"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Beza B-Complex Shaklee Dengan Suplemen Klinik Kesihatan (KK).

Assalamualaikum.

Ramai benar yang tanya apa beza makan Shaklee dengan suplemen KK. Ni soalan lazim ibu-ibu yang tengah survey Set Hamil Shaklee la ni. Kerap sangat rehan dapat soalan ni, jadi hari ni rehan nak merungkai misteri di sebalik perbezaan B-Complex Shaklee dan suplemen Klinik Kesihatan (KK). Ewah.

Mula-mula sekali kena tau apa suplemen yang KK bagi kepada ibu hamil. Biasanya ibu-ibu dapat 3-4 jenis suplemen: B-complex, Asid Folik, Iron Tablet, lagi satu rehan pun tak ingat apa (ampun!). Ok abaikan dulu iron tablet tu ye, hari ni kita cerita pasal B-Complex dan Asid Folik je.

Bagi ibu yang merancang hamil atau sedang hamil, sangat penting ambil dua-dua suplemen tersebut; B-Complex dan Asid Folik. Kedua-duanya dalah suplemen yang berbeza dan mempunyai fungsi berbeza.


ASID FOLIK UNTUK IBU HAMIL

  • Asid folik, atau folate, adalah satu komponen vitamin B yang dikenali sebagai B9
  • Membantu mencegah kecacatan neural tiub (neural tube defects, NTDs), iaitu kecacatan saraf tunjang yang serius (contohnya spina bifida) atau kecacatan otak (contohnya anencephaly) yang berlaku semasa kelahiran. Tiub neural adalah bahagian embrio tempat otak dan saraf tunjang bayi berkembang ketika dalam rahim.
  • Terdapat kajian yang menyatakan asid folik membantu mencegah bibir dan langit-langit sumbing serta kecacatan jantung tertentu.
  • Mengurangkan risiko preeclampsia, iaitu sejenis penyakit tekanan darah yang dialami oleh 5% ibu hamil.
  • Membantu penghasilan sel darah merah yang normal dan mencegah anemia.
  • Dicadangkan pengambilan sebanyak 200mcg sehari, sekurang-kurangnya sebulan sebelum hamil
Image result for neural tube defects
Jenis-jenis kecacatan tiub neural

[Sumber]


B-COMPLEX

  • Nutrisi penting sepanjang hamil terutamanya B6, B9, B12 kerana ia membantu mengurangkan risiko kecacatan tiub neural, selain melegakan simptom-simptom hamil.
  • Vitamin B1, Thiamine, berperanan penting dalam perkembangan otak bayi dalam kandungan.
  • Vitamin B2, Riboflavin, bantu perkembangan penglihatan dan kulit bayi, selain pertumbuhan tulang, otot dan saraf.
  • Vitamin B3, Niacin, penting untuk perkembangan otak bayi, mengekalkan kesihatan sistem nervosa, mukus membran dan kulit, membantu penghadaman, mengurangkan loya dan sakit kepala akibat migrain.
  • Vitamin B5, Pantothenic Acid, bantu metabolisme lemak, protein dan karbohidrat, mengelakkan kejang, bantu pelepasan hormon yang melegakan stress.
  • Vitamin B6, Pyridoxin, bantu tambah berat bayi, penting untuk perkembangan otak dan saraf bayi, mengekalkan paras gula yang sihat, mengurangkan simptom hamil.
  • Vitamin B7, Biotin, bantu kawal keguguran rambut, kuku rapuh dan ruam kulit, juga penting bagi perkembangan bayi ketika fasa embrio.
  • Vitamin B9, Folic Acid, seperti yang dah dibincangkan di perenggan terdahulu.
  • Vitamin B12, Cobalamin, penting untuk perkembangan tiub neural, otak dan tulang belakang bayi, bantu hasilkan sel darah merah dan sistesis DNA, menambah baik mood, tenaga dan kawal stress

[Sumber]


BEZA B-COMPLEX SHAKLEE DAN SUPLEMEN KK

Bezanya B-Complex Shaklee mengandungi kesemua komponen vitamin B macam yang tersenarai di atas, termasuklah asid folik. Kalau B-Complex yang KK bagi, wallahualam, rehan pun tak pasti sebab last rehan tengok vitamin tu tahun 2013 dulu. Yang pasti, vitamin klinik kesihatan tak ada B9 iaitu asid folik, sebab tu klinik bagi tablet asid folik untuk diambil berasingan. Ingat tak pil kuning kecil molek, tu tablet asid folik la tu.


BERAPA HARGA B-COMPLEX SHAKLEE?

Alahai mampu milik sangat. Sebotol B-Complex Shaklee cuma RM58.75 sahaja untuk 120 tablet. Sebotol ni tahan 4 bulan tau, jadi sebulan kosnya cuma RM14.69 sehaja. Aduh apasal murah sangat ni? Teknologi daripada US hasil berpuluh tahun kajian, tapi tak sampai RM15 sebulan.

Eh, boleh dapat murah lagi tau! Caranya, daftar ahli Shaklee dengan modal RM79.50, boleh beli B-Complex pada harga ahli. Cuma RM47 sahaja sebotol. Menangisss harga murah sangat ni!

Siapa yang nak B-Complex boleh dapatkan daripada rehan, inshaAllah rehan akan bantu guide cara makan yang betul dan berkesan.


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...