"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tentang NQ


Saya Pn. Noraihan, isteri En. Muhammad Qusyairi dan pernah memiliki seekor kucing bernama Si Kuning. Sesuatu telah terjadi dalam hidup kami suami isteri. Sesuatu itu telah menyebabkan kami mula menilai semula gaya hidup dan pemakanan seharian kami, adakah apa yang kami amalkan sekarang terbaik untuk kesihatan kami. Bukan sehari dua kami akan menggunakan tubuh badan yang kami miliki sekarang. Jika diizinkan Allah swt, kami mahu terus sihat walaupun setelah berpuluh tahun usia kami nanti. Kami mahu kekal sihat walaupun wajah kami sudah berkedut seribu, tubuh kami sudah bongkok tiga. Jika kami tidak mulakan menjaga kesihatan dari sekarang, jangan katakan sihat, malah mungkin kami tak sempat merasa hidup di usia tua bersama. Lalu kami mula tercari-cari produk yang boleh membantu meningkatkan dan menambah baik kesihatan kami. Dan kami telah bertemu dengan Shaklee, lalu jatuh cinta. 

(Tapi sudah tentu saya lebih cintakan suami saya, dan beliau lebih cintakan saya juga. Uhuk uhuk.)

Anda juga seperti kami. Bukan sehari dua anda akan gunakan tubuh badan yang anda miliki sekarang. Anda juga tentu mahu kekal sihat walaupun sudah lanjut usia nanti. Kebaikan yang telah kami perolehi dengan mengamalkan produk kesihatan Shaklee menggerakkan kami untuk berkongsi dengan anda semua produk terhebat ini. Kami menawarkan konsultasi percuma berkaitan produk vitamin tambahan untuk kesihatan umum, kecantikan dan penjagaan tubuh badan dan kediaman yang selamat, berkesan dan mesra alam. Dan paling penting, produk yang dijual di sini semuanya telah disahkan halal oleh Islamic Services of America.

Kami adalah Pengedar Sah Shaklee (ID 921922) Malaysia. Kami menawarkan perkhidmatan Cash-on-Delivery (COD) bagi kawasan Parit Raja, Batu Pahat dan kawasan sekitarnya. Tidak kira di mana saya berada, yang penting walau di mana anda berada, order akan di proses seperti biasa. Penghantaran terus ke seluruh Malaysia melalui Pos Laju/Citylink. 

Jika anda perlukan suplemen semulajadi bagi:
  • Penjagaan kulit wajah dan badan
  • Masalah kesihatan kulit
  • Penyusuan bayi
  • Kehamilan
  • Berpantang selepas bersalin / pembedahan
  • Masalah lebih / kurang berat badan
  • Kesuburan Suami Isteri
  • Buasir / sembelit
  • Sakit sendi tulang
  • Mudah letih / kurang tenaga
  • Anak kurang selera makan
  • Untuk ibu bapa, dan banyak lagi 
Hubungi saya: 
Call / SMS: 012-7807365 
Email: noraihanqusyairi@gmail.com

Setiap pembelian daripada saya boleh dibuat di mana-mana cawangan Shaklee berdekatan anda, anda layak untuk mendapatkan: 
  • Konsultasi percuma, tips pemakanan vitamin selagi anda bergelar pelanggan saya. 
  • Jemputan percuma ke group eksklusif untuk pelanggan Shaklee.
Nak tahu kenapa saya pilih Shaklee, boleh baca di sini

Kucing busuk buah hati saya, Si Kuning, kini dalam kenangan. 
Si comel cahaya mata kami, Cik Kautsar, yang sangat murah senyuman.
Cik Arfa, muka ketat tapi manja yang amat!



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...