"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

An-Naafiqa Apparel

Assalamualaikum.

Sebagai ibu, kami memahami keperluan ibu-ibu muslimah untuk memiliki pakaian yang mesra penyusuan, dalam masa sama melindungi aurat ibu.

Kami membantu ibu-ibu muslimah menyusukan anak di rumah mahupun di tempat awam dengan menyediakan pakaian mesra penyusuan yang berkualiti dan menawan tanpa merisikokan aurat.

Ciri-ciri pakaian yang kami sediakan ialah:
  • Mesra penyusuan - sama ada secara selak, berzip atau butang
  • Menutup aurat - dan megurangkan risiko aurat ibu terdedah ketika menyusukan
  • Patuh syariah - pakaian longgar, tidak jarang
  • Mudah dijaga - minimum atau tidak perlu diseterika, mudah dicuci, tahan lasak
  • Pelbagai - sama ada untuk aktiviti kasual, formal atau ke majlis keraian
  • Mampu milik - harga berbaloi dengan kualiti 
  • Berkualiti - material, jahitan, dan servis setanding jenama terkenal

Bagaimana kami tahu apa yang ibu-ibu perlukan?
Kami juga ibu yang menyusukan anak, seperti anda.


An-Naafiqa - Muslimah Nursing Apparel dimiliki oleh syarikat Noraihan Qusyairi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia dengan nombor pendaftaran (JM0692761-D).



Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...