"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi Ogos 2016: OsteMatrix.

Assalamualaikum.

Rehan nak share ni. Best sangat promo bulan Ogos. Dah ramai PM rehan nak order banyak-banyak.

Promosi Ogos 2016: OsteMatrix

OsteMatrix - tablet kalsium magnesium yg menguatkan tulang, mengatasi sengal badan dan kejang kaki, bisa tapak kaki, membantu melawaskan air besar.

Sangat digalakkan utk lelaki dan wanita yg kerap sakit badan bila bangun tidur, aktif fizikal, rapuh/retak/patah tulang, kurang minum susu, ibu hamil, menyusukan anak.

Promosi bulan ni - Beli 6 dapat 7 botol!

Jangan lepaskan peluang!

Terima kasih.
👫 Noraihan Qusyairi
🆔 921922
📲 +60127807365



Detox Day 1.

Assalamualaikum.

Lama jugak rehan tak bersiaran kan. Sibuk sikit la raya-raya ni. Maklumlah kampung jauh (takde la jauh sangat pun hihi). Banyak habis masa travel ke sana sini.

Hari ni rehan semangat sangat nak cerita pasal detox program yang rehan join ni. Program ni diselia oleh upline rehan, salah seorang leader Shaklee paling berjaya di Malaysia iaitu Master Firdhaus Zulkifli. Menu makan dan suplemen pula dirangka oleh Dr Jamie McManus, pengerusi Hal Ehwal Perubatan, Sains Kesihatan dan Pendidikan di HQ Shaklee US.

Rehan join program detox ni untuk diri rehan. Sebab akhir-akhir ni rehan selalu rasa badan tak selesa terutamanya perut. Selalu sebu, angin. Berat cepat naik tapi susah turun. Dan paling tak best kulit sensitif rehan ni kerap gatal-gatal, berbiji.

Rehan syak puncanya daripada pemakanan sebab rehan sejak kecil memang tak makan seimbang. Masa kecil rehan tak makan ikan. Sayur hijau pula rehan mula makan lepas habis Master. Huhu.

Sejak beberapa bulan lepas rehan cuba kawal gula dan garam dalam masakan. Kurangkan perisa tambahan, sos. Ais pun dah jarang minum. Alhamdulillah sepanjang bulan ramadhan lepas rehan banyak masak sendiri, berat rehan turun 6kg.

Tapi raya ni berat naik balik 5kg. Puncanya sebab mak mertua, makcik-makcik suami rehan pandai sangat masak rendang. Memang pagi peteang siang malam rehan makan rendang je. Haha. Hantu rendang sungguh.

Jadi minggu ni rehan decide untuk join program detox ni. Untuk bersihkan balik tubuh rehan daripada sampah sarap yang tak perlu dan tak sihat yang rehan sumbat raya lepas.

Jom tengok menu detox Day 1 rehan!



Seharian makan ni je. Salad. Rehan tambah roti bakar sekeping setiap kali meal sebab rehan masih menyusukan Arfa. Selain tu rehan makan buah epal hijau dan pisang sikit.

Best jugak rupanya. Ingatkan susah tapi tak susah pun. Rehan survive hari pertama dengan jayanya. Tak lapar pun sebab sayuran hijau tinggi fiber tau. Jadi memang mengenyangkan. Lagi pun jadual rehan makan setiap 2 jam. Tak sempat lapar pun. Hihi.

InshaAllah nanti rehan share hari pengalaman kedua dan seterusnya. Doakan rehan konsisten ye.

Promosi Julai 2016

Assalamualaikum.
Semoga anda sihat bersama keluarga tersayang ☺

Kami di Noraihan Qusyairi ingin mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Halalkan kurang lebih sepanjang kami berniaga, semoga Allah swt redha.

Promosi Julai 2016: VIVIX
Antioksidan yg kaya resveraterol iaitu sejenis bahan anti kanser dan anti kanser.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...