"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Ringkas Bercuti.

Assalamualaikum.

Entri kali ini nak tukar topik. Asyik cerita pasal suplemen dan vitamin, sekali sekala kita kongsi ilmu lain jugalah. Jadi hari ni nak berkongsi tips pergi bercuti. Tak ada tips apa sangat pun, cuma berkongsi pengalaman kami yang suka pergi berjalan-jalan. Kadang bercuti dirancang, selalunya tak rancang terus redah ikut gerak hati. Hehe.

Minggu lepas En. Qusyairi dan saya baru pulang daripada bulan madu di Kota Bandung, Indonesia sempena ulangtahun pertama pernikahan kami. Dah setahun rupanya kami berkahwin, rasa seperti baru semalam beliau add saya di facebook. Oh ya, kami berkenalan di facebook (walaupun kami bekerja di tempat yang sama dan pejabat beliau cuma selang sepintu dari pejabat saya). Sebulan berkenalan, kami putuskan mau berumahtangga. Dua bulan kemudian keluarga En. Qusyairi datang merisik saya. Dua bulan berikutnya kami bertunang. Dan tiga bulan selepas bertunang kami selamat dinikahkan. Semua sekali tujuh bulan saja tempoh masa sejak pertama kali kami berkenalan di facebook hingga saat kami diijabkabulkan.

Secara tak sengaja kami sama-sama suka bercuti.

Tangkuban Parahu, Bandung


Ok taknak melalut panjang-panjang, berikut tips ringkas jika anda ingin bercuti ke mana-mana.

  • Tempah tiket penerbangan lebih awal (lebih baik jika sedang promosi). Selain jimat kos penerbangan, anda ada masa untuk menyimpan wang belanja ketika bercuti nanti.
  • Untuk jimatkan kos hotel, tempah tiket pergi pagi supaya sampai ke destinasi ketika waktu check-in hotel. Tiket balik pula waktu petang selepas check-out.
  • Jika tiket penerbangan awal pagi atau tengahari, tempah makanan dalam penerbangan sekali. Lebih murah berbanding pembelian terus dalam pesawat.
  • Tempah bilik hotel seminggu sebelum bercuti. Kalau tempah awal, mana tau percutian terpaksa dibatalkan nanti rugi wang tempahan.
  • Tempah hotel menggunakan laman web seperti Agoda.com, Booking.com, Asiarooms.com dll. Laman begini biasanya menawarkan harga lebih rendah berbanding tempahan terus dengan hotel. 
  • Bayaran tempahan menggunakan kad kredit membolehkan anda mengumpul points.
  • Jangan bawa terlalu banyak barang. Anda boleh menggunakan khidmat mencuci pakaian yang disediakan oleh hotel, atau boleh cari kedai dobi di sekitar hotel anda. Kalau pergi ke tempat-tempat pelancongan biasanya ada jual t-shirt yang murah, jadi boleh beli t-shirt baru kalau taknak dobi pakaian.
  • Ketika mengemas beg, letak pakaian dalam di bahagian bawah sekali, terutamanya hand luggage. Tentu anda tak mau orang lihat pakaian dalam anda sekiranya imigresen minta anda buka beg untuk diperiksa.
  • Had cecair yang dibenarkan dibawa ke kabin bagi penerbangan antarabangsa cuma 100ml saja.
  • Ketika menempah bilik hotel, semak jika internet disediakan di bilik atau di lobi saja lebih-lebih lagi jika ke luar negara. Macam kami pakai handphone yang tak boleh tukar kad sim, memang harapkan internet saja untuk sampaikan khabar kepada mak ayah di kampung yang kami dah selamat sampai. Taknak buat orang tua risau waktu kita bergembira, ye tak?
  • Rancang bagasi anda. Kalau pergi satu bagasi, balik belum tentu masih satu bagasi. Kalau bercuti sambil membeli-belah, bawalah bagasi kosong lebih.
  • Tengok ramalan cuaca di kawasan percutian. Kalau perlu sewa kenderaan sepanjang bercuti.
  • Untuk wanita, bawalah beg sisi yang lebih besar, boleh muat payung lagi baik. Kalau tak, minta suami bawa beg galas. Bawa tisu ke mana-mana.
  • Bawa pelembab bibir dan pelembab kulit. Cuaca panas atau sejuk, kulit pasti akan kering terutamanya bila tinggal dalam bilik hotel yang berpenghawa dingin. Kalau banyak aktiviti luar, bawa krim pelindung matahari sekali.
  • Jika percutian panjang, atau sekurang-kurangnya empat hari, potong kuku sebelum bercuti. Rimas kalau kuku panjang, kan. Tak bersih pun ya.
  • Bawa pill case! Tentu anda taknak terlepas makan vitamin untuk kesihatan ketika bercuti. Tak perlu bawa botol-botol vitamin, sediakan dalam pill case mengikut berapa hari anda bercuti. Boleh tengok gambar pill case saya di bawah.
Untuk stok seminggu, pill case ini saya beli kurang dari RM10 di Guardian.

Banyak lagi yang nak dikongsi. Tapi cukuplah sampai sini dulu. Yang lain tu rasanya ramai boleh fikirkan sendiri. Selamat bercuti :)


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...