"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Promosi November: VIVIX

Assalamualaikum.

Menariknya promosi Shaklee bulan ini kalau tak lain dan tak bukan Vivix. Memang saya dah lama nantikan promosi Vivix ni sebab Vivix adalah hadiah saya untuk ayah. Bila tau promosi Vivix bulan ni terus saya berkira-kira dalam hati nak beli stok untuk ayah.



Apa yang menarik sangat dengan Vivix Shaklee ni? Kalau anda pembaca budiman dapat fahami kebaikan dan kelebihan Vivix Shaklee, percayalah anda pasti dapat menambah baik kehidupan kesihatan anda dan orang-orang yang anda sayang. 

Saya dah pernah menulis beberapa entri berkaitan Vivix Shaklee sebelum ini. Anda boleh baca entri-entri tersebut di sini. Entri hari ini cuma nak senaraikan kebaikan dan kelebihan Vivix hingga Shaklee mempatenkan formula ini dengan tagline "Live 25 years longer and feel 25 years younger."

Ya. Vivix adalah formula untuk anda hidup lebih lama dan rasa lebih muda.

Kajian makmal menunjukkan Vivix Shaklee terbukti mampu memberi kesan positif terhadap keempat-empat mekanisme penuaan selular selain menyumbang kepada banyak manfaat kesihatan, antaranya:
melindungi dan memperbaiki DNA selular
memberi impak positif terhadap genetik regulator yang membantu melawan penuaan selular
meningkatkan mitochondrial biogenesis, yang membantu menambahkan kuasa produksi dalam sel
menghalang pembentukan protein AGE yang menyebabkan sel tersumbat
menyokong kesihatan jantung dan kardiovaskular
menyokong kesihatan otak
meningkatkan fungsi sistem imun
menggalakkan jangka hayat sel yang lebih lama
membekalkan anti-oksidan yang menentang radikal bebas dalam badan

Secara ringkas, sesudu teh Vivix setiap hari adalah lebih baik daripada 100 gelas wine merah yang terbukti dapat menentang penuaan sel.

Vivix juha dikenali sebagai Sirap Shaklee atau Sirap Magic :)
Jadi bahan apa dalam Vivix ni yang sangat hebat sampaikan fungsinya jauh lebih hebat daripada wine merah yang sangat mahal tu? Jawapannya ialah resveratrol. Resveratrol ini telah dijumpai dalam buah elder berry. Menurut saintis (dalam hal menjaga kesihatan sel dan secara tak langsung sebagai anti-penuaan), dengan kandungan resveratrol Vivix yang telah diperbaik, minum Viviv sebanyak satu sudu teh sehari selama sebulan lebih baik daripada minum 3000 gelas wine merah.

Anda malas makan vitamin? Tapi anda nak sihat? Minum Vivix Shaklee satu tudu teh sehari. Cukup (malah lebih baik daripada kebanyakan vitamin) untuk menjaga kesihatan badan anda dari dalam. Bonusnya anda akan dapat kulit dan wajah yang cantik, dan masa tua yang lebih bahagia tanpa penyakit kronik. Sudah tentu dapat jimat wang sara perubatan juga. 

Harap sudi muat turun carta ini untuk mengelakkan mata juling. Penyakit mata juling tak boleh pulih dengan minum Vivix.

Cadangan saya, belilah Vivix untuk ibubapa kita. Ayah saya sudah. Beliau adalah penghidap beberapa jenis penyakit berat antaranya diabetis, tekanan darah tinggi dan sakit-sakit sendi yang dah bertahun-tahun tak pernah baik. Kini beliau sudah alami sendiri perubahan demi perubahan terhadap kesihatan beliau.

Soalnya, anda dan keluarga anda bila lagi?


Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...