"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Resveratrol: Bahan Ajaib Pulihkan Sel.

Assalamualaikum.

Kesinambungan daripada entri berkaitan radikal bebas dan antioksidan, Rehan ada mention dalam entri sebelum ni salah satu antioksidan utama ialah resveratrol. Jadi hari ni rehan nak cerita sikit pasal resveratrol pulak.

Resveratrol adalah satu bahan yang dihasilkan oleh sesetengah tumbuhan untuk melindungi diri mereka daripada stress akibat persekitaran. Macam kita manusia bila stress kita makan coklat kan, tumbuhan pula hasilkan resveratrol untuk rendahkan stress tu. Jadi senang kata resveratrol ni sejenis agen pemulihan semulajadi oleh tumbuhan la.

Resveratrol dikenalpasti ada dalam wine merah. Wine merah dihasilkan melalui proses fermentasi anggur. Kulit anggur mengandungi resveratrol yang tinggi bertujuan untuk melindungi buah anggur daripada serangan bakteria dan kerosakan akibat matahari.

Jom baca apa lagi kebaikan resveratrol:
Kajian pra-klinikal menunjukkan resveratrol mengandungi pelbagai fungsi biologi yang berkemungkinan terlibat mencegah/merawat kanser, penyakit kardiovaskulardan penyakit neurodegeneratif.
Dua kajian yang dikawal dengan placebo menunjukkan pengambilan 8mg resveratrol selama setahun mengurangkan keradangan pesakit yang berisiko mengalami serangan kardiovaskular serta pesakit jantung koronari.
Kajian klinikal menunjukkan pengambilan suplemen resveratrol memberikan peningkatan ketara terhadap metabolisme glukos dan lipis bagi pesakit diabetis tahap 2.

Nak tau suplemen resveratrol yang terbaik di pasaran?
Dah tentu VIVIX Shaklee!

Kenapa VIVIX Shaklee adalah suplemen antioksidan terbaik di pasaran, rehan akan ceritakan dalam next entri.
Macam biasalah, dah tak tahan mengantuk. Hihi.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...