"Ya Allah! Sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; kami berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; kami berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan kami berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

Followers

Tips Pilih Suplemen Berkualiti.

Assalamualaikum.

Malam-malam ni Arfa dan Kautsar pun dah tidur, rehan nak tulis post ringkas-ringkas je. Letih hari ni walaupun tak buat apa sangat. Masak pun tak. Melepekkkk je tak tahan cuaca panas sangat sekarang ni. Huu.

Ok ni rehan nak share tips pilih suplemen yang berbaloi dengan wang yang anda laburkan.



Tips 1: Kaji latar belakang syarikat pengeluar. Suplemen tu kita nak makan hari hari, jadi darah daging. Jadi pilihlah syarikat pengeluar yang kredibilitinya tak diragui, yang menggunakan bahan semulajadi yang halal dan selamat.

Tips 2: Kaji penyelidikan berkenaan suplemen tersebut. Kalau ada penyelidikan saintific dan ujian makmal, ok la. Kalau syarikat pengeluar peruntukkan banyak wang untuk tujuan penyelidikan, lagi bagus. Maksudnya syarikat tersebut serius untuk hasilkan produk terbaik. Kalau ada jurnal diterbitkan berkaitan kajian tersebut, contohnya di Lancet, sangat hebat!

Tips 3: Ketahui keperluan vitamin dan mineral harian tubuh manusia. Pilih suplemen yang membekalkan vitamin dan mineral dengan jumlah yang sesuai. Kalau tubuh cuma perlu 800ug vitamin A, jangan beli suplemen yang bekalkan 1000ug vitamin A.

Tips 4: Kenalpasti fungsi dan cara kerja suplemen. Contohnya macam dalam entri rehan sebelum ni. Kalau tubuh tak boleh serap lebih daripada 100mg vitamin c, tak perlu beli vitamin c yang lebih daripada 100mg.

Tips 5: Kenalpasti ciri khas suplemen yang nak dibeli. Sama macam contoh di Tips 4, SR Vita C boleh bebaskan 100mg vitamin c secara berkala selama 5 jam. Jadi berbaloi beli SR Vita C 500mg sebab tak ada vitamin yang dibazirkan.

Ok 5 tips je larat. Mata dah nak pejam sangat sangat ni. Haha. InshaAllah jumpa dalam next entry.

Selamat malam.
Post a Comment
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...